Jumaat, 20 September 2024 – Jabatan Penyelidikan dan Inovasi (JPI) Universiti Teknologi MARA (UiTM), yang diketuai oleh Timbalan Naib Canselor (TNC) Penyelidikan dan Inovasi telah mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat TNC Penyelidikan dan Inovasi Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
Prof. Ts. Dr. Norazah Abdul Rahman bersama 30 orang pegawai, kakitangan, serta wakil-wakil Pusat Kecemerlangan (CoE) dan ketua jabatan untuk membincangkan potensi kerjasama dalam bidang penyelidikan antara kedua-dua universiti. Pihak UniMAP pula diwakili oleh Prof. Madya Dr. Muhammad Imran Ahmad, Pengarah Institut Agroteknologi Lestari (INSAT), serta ketua-ketua CoE yang lain. Delegasi turut dibawa melawat ke Pusat Kecemerlangan MOTECH dan AdvComp. Lawatan ini adalah bersempena bengkel pemerkasaaan CoE di UiTM Cawangan Perlis dan program outreach bertujuan memperkasakan agenda DNA Penyelidikan UiTM, sekali gus membuktikan komitmen JPI UiTM yang tidak pernah melupakan peranan dan sumbangan penyelidik dari cawangan.