Kunjungan hormat daripada Kolej Pengajian Alam Bina (KAB), UiTM Cawangan Perlis ke Jabatan Ukur Pemetaan Malaysia(JUPEM), Negeri Perlis

28 Mac 2023 (Jam 3ptg) – Satu kunjungan hormat daripada Kolej Pengajian Alam Bina (KAB), UiTM Cawangan Perlis ke Jabatan Ukur Pemetaan Malaysia(JUPEM), Negeri Perlis telah diadakan pada semalam. Kunjungan hormat ini diketuai oleh Yang Berusaha Prof Madya Sr Mohd Azwan Abbas, Sr Mohamad Asrul Mustafar, Sr Norshahrizan Mohd Hashim dan pelajar pasca siswazah, Kolej Pengajian Alam Bina, UiTM Cawangan Perlis.

Kunjungan ini merupakan lanjutan kunjungan hormat daripada Pusat Pengajian Sains Ukur dan Geomatik, Kolej Pengajian Alam Bina (KAB), UiTM Shah Alam dan UiTM Cawangan Perlis ke Jabatan Ukur Pemetaan Malaysia(JUPEM), Kuala Lumpur pada 03 Mac 2023 yang lalu. Kunjungan ini telah disambut oleh YBrs. Sr Mohd Khairani Bin Md Yusop, Pengarah Ukur dan Pemetaan Negeri Perlis, Sr Saf Zaffryin Bin Mahadzir, Timbalan Ketua Pengarah di Bilik Mesyuarat, Wisma JUPEM, bersama beberapa pegawai daripada Bahagian JUPEM. Pertemuan ini bertujuan untuk membincangkan kolaborasi penyelidikan antara UiTM Cawangan Perlis dan JUPEM.

Selain bertukar-tukar pandangan dan cetusan idea-idea baru, sesi kunjungan hormat ini diharapkan dapat mengeratkan hubungan kerjasama dan penyelidikan antara UiTM dan JUPEM pada masa akan datang.