Kunjungan Hormat Dan Lawatan Kerja Rakan Strategik Uitm Cawangan Pahang; Universitas Muhamidiyah Purwerojo (UMPWR) Indonesia Ke Seri Tahfiz Al-Banna, Jengka

Rentetan dari Memorandum Persefahaman (MoU) yang ditandatangani oleh UiTM Cawangan Pahang bersama Universitas Muhammadiyah Purworejo (UMPWR), Indonesia, pada tahun 2022 yang lalu, satu kunjungan hormat oleh delegasi UMPWR ke UiTM Cawangan Pahang telah berlangsung dari 7 hingga 8 Februari 2023. Delegasi UMPWR terdiri daripada Dr. Rofiq Nurhadi (Rektor UMPWR), Tri Ermayani (Timbalan Rektor Hal Ehwal Kerjasama UMPWR) dan Dr. Tusino (Pengarah Hal Ehwal Antarabangsa UMPWR).

Antara salah satu aktiviti yang dijalankan semasa sesi kunjungan hormat ini adalah kunjungan hormat dan lawatan kerja ke SERI Tahfiz Al-Banna. Ia yang merupakan antara sekolah yang tersenarai bagi Program Praktikum Pelajar UMPWR yang akan dijalankan bermula pada 2 Mei 2023 akan datang. Sesi kunjungan hormat ke SERI Tahfiz Al-Banna ini diadakan bagi membincangkan hal-hal berkaitan dengan Program Praktikum Antarabangsa sekaligus merupakan sesi perkenalan di antara kedua-dua institusi pendidikan ini. Delegasi dari UiTM Cawangan Pahang terdiri daripada Prof. Madya Dr. Hajah Nazirah Ramli (Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik), Dr. Haji Mohd Kamal Azman Jusoh (Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar), Dr. Roslina Abdul Aziz (Ketua Pusat Pengajian Akademi Pengajian Bahasa), Dr. Hasnimulyati Laoding (Liaison Officer UiTM Global), Fatin Aqilah Abdul Razak (Koordinator Unit Komunikasi Korporat), Puan Maziana Osman (Ketua Penilai Program Praktikum ) dan Prof. Madya Dr. YM Tengku Intan Suzila Tengku Sharif (Pengarah Program Kunjungan Hormat dan Program Praktikum Pelajar UMPWR) bertindak sebagai pemudahcara, penganjur merangkap penilai Program Praktikum Antarabangsa di antara UMPWR dan SERI Tahfiz Al-Banna.

Diharapkan dengan adanya kunjungan hormat dan sesi perbincangan ini, ianya dapat memberi input yang bermanfaat bagi memastikan Program Praktikum Pelajar UMPWR berjalan dengan lancar sekaligus dapat mencapai objektif penganjurannya.