Kunjugan Hormat MYTRIBOS ke Pejabat Naib Canselor

Pada 21 April 2022, Jawatankuasa Tertinggi Malaysian Tribology Society (MYTRIBOS) telah melakukan kunjungan hormat ke Pejabat Naib Canselor di Bilik Mesyuarat LPU Aras 7. Antara intipati kunjungan hormat ini adalah untuk memperkenalkan Jawatankuasa Tertinggi MYTRIBOS, menandatangani dokumen perjanjian MoA daripada Geran Penyelidikan MYTRIBOS sebanyak RM12,000 dan membincangkan peluang kerjasama strategik penyelidikan dalam bidang Kejuruteraan Geseran.

Pada pertemuan bersama Naib Canselor ini, Presiden MYTRIBOS dihadiri oleh Prof Madya Dr Mohd Fadzli Abdullah, manakala Kolej Pengajian Kejuruteraan diketuai oleh Prof Sr. Ir. Dr. Suhaimi Abdul Talib. Penerima geran industri MYTRIBOS adalah Prof Madya Dr Muhammad Hussain Ismail dari Pengajian Kejuruteraan Mekanikal. Projek yang dijalankan adalah berkaitan pembangunan komposit PLA dan HAp dengan menggunakan kaedah percetakan 3D yang mempunyai potensi sebagai pengganti implan tulang dalam aplikasi bioperubatan di masa hadapan,