Kumpulan Kolejen UiTM Sarawak Meraih Penarafan Emas Di Konvensyen MPC Team Excellence (RTEx 2019) Wilayah Sabah Sarawak

KIK Kolejen UiTM Cawangan Sarawak

KOTA SAMARAHAN, 25 JULAI 2019 (KHAMIS) : Kumpulan  KIK KOLEJEN UiTM Cawangan Sarawak telah berjaya meraih Penarafan Anugerah Emas dan Penarafan Cemerlang bagi produk ‘Smart Kolej Registration System‘  semasa Konvensyen MPC Team Excellence (RTEx 2019) Wilayah Sabah Sarawak pada 25 Julai 2019 bertempat di  Pullman Waterfront Hotel Miri, Sarawak.

Kumpulan KIK Kolejen ini dianggotai oleh Encik Izwandi Abu Bakar (Pengurus Asrama) selaku Ketua Kumpulan dan 3 ahli kumpulan iaitu Encik Azmil Man, Encik Gizri Azif Baidawi dan Encik Roslee Ah Nen Abdullah yang merupakan staff Unit Kolej Kediaman UiTM Cawangan Sarawak.

Kumpulan ini dibimbing oleh Puan Aziana Mohd Ibrahim (Pengurus Asrama Kanan) selaku Fasilitator Kumpulan dan Encik Mohd Farizan Jamil (Pengurus Ladang Kanan) selaku Penyelaras KIK UiTM Sarawak. Kumpulan ini telah berjaya meraih tempat di Konvensyen Peringkat Kebangsaan yang akan datang.

Sebanyak 47 kumpulan bertanding dari seluruh Kepulauan Borneo merangkumi Jabatan Kerajaan (Persekutuan/Negeri), Syarikat Swasta & Industri di Konvensyen MPC pada kali ini.

Foto berkaitan:

1
0