Kreativiti Rekaan Mural Sempena Ulangtahun ke-10 GM Klang

SHAH ALAM – Seramai 67 orang siswa dan siswi dari Jabatan Seni Reka Perindustrian (IDE), Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka (AD) diiringi oleh tiga orang pensyarah telah membentangkan idea dan kreativiti rekaan mural untuk program kolaborasi tanggungjawab sosial (CSR) sempena ulangtahun ke-10 GM Klang.

Pembentangan idea tersebut telah dihadiri oleh Pengarah Urusan, Dato’ Lim Seng Kok, dan diiringi 5 orang staf dari Pusat Pemborong GM Klang melalui inisiatif pensyarah terlibat iaitu Dr S’harin Mokhtar, Puan Siti Salwa Isa, dan Encik Abu Ali.

0
0