KONVENSYEN KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF UiTM 2016

LATARBELAKANG PROGRAM

UiTM menganjurkan dua peringkat konvensyen KIK iaitu Konvensyen KIK UiTM peringkat Zon dan Kebangsaan pada setiap tahun. Konvensyen KIK UiTM peringkat Zon telah diadakan bagi Zon Utara, Selatan, Timur, Tengah, Sabah dan Sarawak bermula September hingga Oktober 2016 yang lalu. Para pemenang di Konvensyen KIK peringkat Zon akan dipertandingkan pula diperingkat Kebangsaan dan seterusnya akan mewakili UiTM ke peringkat yang lebih tinggi.

Pada tahun ini, Institut Kualiti dan Pengembangan Ilmu (InQKA) telah dipilih menjadi Tuan Rumah bagi Konvesyen KIK peringkat UiTM. Bertemakan Inovasi Pemangkin Kecemerlangan, konvensyen ini diharapkan dapat mencapai objektif memartabatkan idea-idea kreatif dan inovatif di kalangan warga UiTM ke peringkat yang lebih tinggi.

OBJEKTIF PENGANJURAN

Objektif konvensyen ini adalah untuk :

  • Memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada staf yang terlibat dalam Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) dengan memberi peluang kepada Kumpulan IK membuat persembahan
  • Menyediakan peluang untuk Kumpulan IK berjumpa, berkongsi dan bertukar-tukar idea mengenai kaedah terbaik mengenai inisiatif penambahbaikan secara berterusan; dan
  • Memberi keyakinan bahawa KIK adalah salah satu mekanisma pengurusan penting bagi menyemarak ‘value creation’ untuk menjana kegemilangan UiTM

PESERTA

Konvensyen ini akan disertai oleh kumpulan-kumpulan IK daripada enam Zon iaitu Zon Utara, Selatan, Timur, Tengah, Sabah dan Sarawak. Penyertaan terhad kepada 20 kumpulan sahaja. Jumlah keseluruhan peserta konvensyen dianggarkan seramai 250 orang termasuk pemerhati dari seluruh sistem UiTM. Berikut adalah bilangan kumpulan bagi setiap zon yang terpilih ke konvensyen KIK UiTM 2016:

  • Zon Utara : 6 kumpulan
  • Zon Tengah : 5 kumpulan
  • Zon Timur : 4 kumpulan
  • Zon selatan : 2 kumpulan
  • Zon Sarawak : 2 kumpulan
  • Zon Sabah : 1 kumpulan

Finalis yang telah berjaya melayakkan diri ke peringkat kebangsaan ini adalah seperti berikut:

Selamat maju jaya buat semua finalis dan semoga KIK terus cemerlang bukan sahaja di peringkat UiTM bahkan di peringkat nasional dan antarabangsa.