Konvensyen KIK 2018 Peringkat Zon Tengah anjuran FKA UiTM

Sukacita dimaklumkan bahawa Fakulti Kejuruteraan Awam (FKA), Shah Alam telah dipilih sebagai tuan rumah untuk Mini Konvesyen Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) Zon Tengah 2018. Acara ini akan berlangsung di ILD, UiTM, Bandar Enstek, Nilai, Negeri Sembilan pada 3 Oktober 2018.

Oleh itu, kami mengalu-alukan penyertaan daripada semua PTJ, Jabatan dan Bahagian yang berpusat di Zon Tengah (UiTM Kampus Shah Alam, UiTM Kampus Puncak Alam, UiTM Kampus Puncak Perdana, UiTM Kampus Jalan Othman, UiTM Kampus Selayang, UiTM Kampus Sungai Buloh, dan UiTM Kampus Seksyen 17). Tiada yuran penyertaan dikenakan.

Pertandingan ini juga terbuka kepada organisasi luar yang berpusat di Zon Tengah (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan negeri Selangor Darul Ehsan). Yuran penyertaan untuk organisasi luar adalah sebanyak RM1000 sahaja untuk setiap kumpulan.

Antara hadiah dan kategori yang dipertandingkan adalah:

• Johan
• Naib Johan
• Ketiga
• Anugerah Penjimatan Kos Sebenar Terbaik
• Anugerah Penjanaan Kos Sebenar Terbaik
• Anugerah KIK Berpotensi
• Anugerah Fasilitator Terbaik
• Anugerah Dokumentasi Terbaik
• Anugerah Persembahan Terbaik

Untuk penyertaan atau pertanyaan, sila hubungi, Puan Siti Nurulhuda Mohd Imran (Penyelaras KIK Fakulti Kejuruteraan Awam) di talian 012-7574347, Dr Hazrina Mansor (Timbalan Pengerusi KIK 1) di taliaan 013-2132627 atau Puan Nursafarina Ahmad (Ketua AJK Pendaftaran dan Jemputan) di taliaan 019-2715498.

Untuk maklumat lanjut, sila layari pautan https://inqka.uitm.edu.my/ main/index.php/excellence- awards/kumpulan-inovatif-dan- kreatif-kik/kik-horizon-baharu dan untuk borang penyertaan, sila layari pautan http://portalkik.uitm.edu.my/ atau layari website FKA di pautan https://fka.uitm.edu.my/v2/index.php/kik

Sila ‘Like’ Facebook KIK di pautan: https://www.facebook.com/ Konvensyen-KIK-2018- 1702021633208993/

0
0