1 Sept 2024, Ahad – Malam ini, Kontinjen Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam telah mengadakan Solat Maghrib dan Isyak berjemaah di Pusat Kokurikulum (PKO), diikuti Solat Hajat sempena Komander Kesatria Endurance Challenge (KKEC) 2024, bermula pukul 7 malam.
Esok, pukul 8 pagi, kontinjen akan dilepaskan ke Terengganu dari Pusat Kokurikulum. Pengarah Pusat Kokurikulum, Datuk Hasrol Jono, bersama Pengarah Sukarelawan Polis Siswa Siswi (SUKSIS), Dr. Basharudin Abdul Hadi, turut hadir memberi sokongan.
Dalam kesempatan ini, Pengarah Pusat Kokurikulum sempat menyantuni Kontinjen KKEC Shah Alam dengan menjadi imam, menerajui Solat Hajat, bacaan doa selamat, dan mengetuai bacaan tahlil. Beliau juga memberikan kata-kata semangat kepada para peserta, menegaskan komitmen dan harapan agar mereka terus maju dan berjaya dalam pertandingan ini.
Sebagai Pengarah Pusat Kokurikulum, beliau turut mengucapkan selamat maju jaya kepada semua kontinjen KKEC dari seluruh UiTM. Semoga usaha dan doa yang dipanjatkan malam ini menjadi pemangkin kejayaan yang cemerlang untuk semua.
Penulis Utama:
Mohd Nor Hajar Hasrol Jono, Profesor Dr. Hj. Mohd. Sazili Shahibi
Penulis Bersama:
Nor Azlin Rosli
Mohd Shukor Abd Rahman
Hairul Reazuan Asmayadi