Konsultasi Kajian Fesibiliti Projek Pengkomersilan Solarnyahhidrasi Makanan Kering Halal Anzeco Ocean Sdn Bhd Bersama UiTM

Mendukung inspirasi membekalkan makan laut kering halal bagi umat Islam seluruh dunia yang berdaya saing dan mampan, ANZECO OCEAN SDN BHD telah mengadakan satu konsultasi bersama gabungan pensyarah-pensyarah UiTM, yang diketuai oleh PM Dr. Wan Liza Md Amin @ Fahmy Dari Fakulti Undang Undang Shah Alam, dengan kepakaran perundangan perniagaan, Dr. Tengku Intan Suzila T.S. dari Akademi Pengajian Bahasa UiTM Cawangan Pahang dengan kepakaran dalam bidang metod kajian kualitatif dan PM Dr Muhammad Murtadha Bin Othman dari Kolej Kejuteraan UiTM Shah Alam dengan kepakaran kejuteraan solar.

Konsultasi ini telah berlangsung dari 05/10/2020 sehingga 05/02/2021 ini berbentuk penyelidikan kontrak. Konsultasi ini dijalankan di Lot 465, Tg Gemok Rompin Pahang jeti Anceo Ocean Sdn Bhd dengan mematuhi kepatuhan standard operasi (SOP) yang ketat. Konsultasi ini telah menghasilkan beberapa video untuk promosi syarikat, satu laporan lengkap bagi cadangan pembangunan perniagaan dan satu kertas cadangan penyelidikan kepada MOSTI bagi mengembangkan kajian bertajuk “Formulation of halal solar based dehydration greenhouse within commercialization framework and marketing sustainability” pada bulan Mac 2021.

Objektif kajian adalah untuk mengenalpasti dan membangunkan produk-produk komersial dari sistem solarnyahhidrasi makanan kering halal, membangunkan dan melonjakkan plan perkomersialan digital bagi produk berasas solarnyahhidrasi makanan kering halal, menghasilkan satu persekitaran selamat dan efisien; dan membangunkan dan memasang sistem solarnyahhidrasi makanan kering halal yang berefisiensi tinggi.
Penghasilan produk solar nyahkering ini diberi penjenamaan SOOLA. SOOLA yang merupakan tandaniaga ini diharapkan dapat menembusi pasaran dalam dan luar negara.

Kepercayaan dan amanah yang diberi oleh Datin Norzaity binti Othman, Ceo ANZECO OCEAN Sdn Bhd kepada pihak UiTM didukung tinggi dan sangat dihargai. ANZECO OCEAN Sdn Bhd yang juga telah mewujudkan peluang pekerjaan kepada alumni UiTM ini berharap agar terus dapat menyumbang kepada pembangunan anak bangsa dan terus berkerjasama bersama UiTM.