Jalinan dan kolaborasi antarabangsa sejak tahun 2020 antara Jabatan Komunikasi, Bina Nusantara University (BINUS), Indonesia dan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, UiTM Melaka berikutan wabak Covid-19 yang melanda dunia bertahun-tahun telah menjadikan kerjasama anatara kedua-dua buah universiti semakin kukuh. Penganjuran siri Webinar, Geran Padanan (matching grant), penerbitan berimpak tinggi berjaya membangunkan jaringan kolaborasi pensyarah dan pelajar dengan cemerlang. Bermula pada tahun 2020 dengan kejayaan menganjurkan program International Virtual Summer Camp (IVSC2020) : Developing Post Covid-19 Business Plans pada 3-14 Ogos 2020, International Virtual Season Camp (IVSC2021): Hybrid Service in Hospitality and Tourism Post Pandemic Covid-19 & Media Literacy and Campaign Post Pandemic Covid-19 pada 10-12 Disember 2021, International Communication Competition 2022 pada 15-29 Oktober 2022 dan International Communication Competition 2023 pada 16-26 Oktober 2023 telah mencipta satu pencapaian yang berimpak tinggi kepada UiTM Cawangan Melaka dan BINUS dalam merangka penglibatan pelajar-pensyarah-industri-alumni di seluruh peringkat Asia.
Tema yang telah ditetapkan dalam ICC2023 ialah “Creative Communication for Empowering the Digital Society”. Tema ini telah disesuaikan dengan keadaan semasa bahawa generasi muda adalah golongan yang akan mengambil peranan utama dalam era industri 5.0 yang akan menjadi lebih produktif pada masa akan datang. Cabaran semasa terutamanya dalam bidang teknologi komunikasi, seperti Artifical Intelligence, Internet of Things memberi impak yang besar terhadap khazanah ilmu dan industri yang berkaitan. Generasi muda khususnya para pelajar seharusnya mereka mampu mengupas isu ini bersama-sama mencari penyelesaian secara holistik dan mampan.
International Communication Competition 2023 telah diadakan selama dua minggu, ini termasuk beberapa siri webinar dan sesi mentoring, sesi perkongsian bersama industri, demonstrasi budaya dan perbincangan kumpulan. Setiap kumpulan ditugaskan untuk menyiapkan satu proposal berkaitan Social Campaign Creative yang akan dibentangkan pada hari terakhir seminar.
Diantara objektif program kami adalah seperti berikut;
1) Memberi pendedahan kepada pelajar UiTM Cawangan Melaka berinteraksi dan bekerjasama dengan pelajar 7 universiti luar negara (Indonesia, Malaysia dan Filipina).
2) Memberi pendedahan dan kesedaran terhadap ancaman dunia digital yang digunakan secar meluas dalam kehidupan seharian.
3) Memberi nilai tambah pelajar menerusi pengalaman dan pengetahuan mengenai peluang membina jaringan di peringkat antarabangsa. Setiap kumpulan terdiri daripada 5 orang pelajar daripada 7 buah universiti yang terlibat iaitu;
1. Binus University, Jakarta
2. Binus University, Malang (Public Relations)
3. Binus University, Malang ( Communication)
4. University of Technology MARA, Melaka
5. University of Santo Thomas, Philippines
6. University of Muhammadiyah Malang
7. UIN Sunan Ampel Surabaya
Penglibatan para pelajar menerusi penganjuran International Communication Competition 2023 dapat memberi manfaat dengan kelebihan pendekatan komunikasi silang budaya dalam era digital. Kolaborasi antarabangsa seperti ini dalam kalangan pelajar universiti menjadikan mereka lebih berdaya saing, dinamik, kreatif, dan membina hubungan interpersonal yang baik. Dalam konteks pendidikan, pendekatan komunikasi kreatif dalam era digital dapat meningkatkan penglibatan pelajar secara maksimum, membantu dalam pemahaman konsep, dan mempromosikan pembelajaran yang berkesan dalam era digital.