Kolokium Geran Penyelidikan Community Engagement-Social Resarch Innovation (CE-SIR)

Shah Alam, Julai 2024 –  Pusat Jaringan Komuniti (CNC), Pejabat Jaringan Industri, Komuniti dan Almuni (ICAN), Universiti Teknologi MARA telah menganjurkan Kolokium Geran Penyelidikan Community Engagement-Social Resarch Innovation (CE-SIR) buat julung-julung kalinya pada 10-11 Julai 2024. Bertempat  di Bilik Seminar Al-Jazari, Kompleks Kejuruteraan Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah, UiTM Shah Alam, kolokium ini melibatkan 15 penerima geran CE-SIR 2024 yang hadir dan sebanyak 51 projek telah dibentangkan sepanjang dua hari kolokium ini berlangsung.

Geran CE-SIR diperkenalkan untuk menggalakkan aktiviti penyelidikan yang menyumbang kepada pemindahan ilmu dan pembangunan inovasi sosial kepada komuniti. Oleh yang demikian, kolokium ini adalah sebagai wadah untuk para peserta mengetengahkan dan berkongsi pencapaian projek-projek komuniti yang dijalankan menerusi geran CE-SIR ini. Sesi pembentangan telah dihadiri oleh empat panel jemputan iaitu Profesor Madya Dr. Haswira Nor Mohamad Hashim (wakil Auditor MyRA), Profesor Madya Ts. Dr. Shahrul Yani Said (Timbalan Pengarak Impak Penyelidikan), Dr. Umi Marsida Abd Hamid (Timbalan Pengarah Pengurusan Penyelidikan) dan Profesor Madya Dr. Sukreen Hana Herma (wakil Ketua Projek Komuniti).

Lima kategori anugerah disediakan sebagai tanda penghargaan kepada pembentang di kolokium ini. Bagi Anugerah Pencapaian Terbaik, penerima dipilih berdasarkan bukti dokumen yang diserahkan. Untuk Anugerah Khas Penerbitan, penerima dipilih berdasarkan penerbitan yang telah sempurna diterbitkan berserta bukti lampiran. Manakala untuk Anugerah Khas IPR, penerima telah menyempurnakan pendaftaran produk untuk IPR atau hak cipta. Sementara itu, Anugerah Khas Juri merujuk kepada pencapaian konsisten yang ditunjukkan sepanjang tempoh pelaksanaan Geran CE-SIR.

Senarai penerima anugerah adalah seperti berikut:

  1. Anugerah Pencapaian KPI Terbaik
  • Kedai Buku Digital Akademia (KeBDA), Kolej Pengajian Alam Bina
  • The Sustainability of Malay Traditional Silverware in Kelantan, Kolej Pengajian Seni Kreatif
  • Kursus Penyembelihan Bertauliah Arnab: Belia Felda Aping Barat dalam Usaha Meningkatkan Kemahiran dan Peluang Pekerjaan, UiTM Melaka
  1. Anugerah Khas Penerbitan
  • Sustainability of Underutilised Local Crop (Purple Sweet Potato) for Innovation Product Development Through Knowledge Sharing Among Farmers at TPKP Hulu Chuchoh Sepang Selangor, Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan
  • Impactful Autism Community Empowerment through Digital Technology, Kolej Pengajian Pengkomputeran, Informatik dan Matematik
  1. Anugerah Khas IPR
  • Kedai Buku Digital Akademia (KeBDA), Kolej Pengajian Alam Bina
  • The Sustainability of Malay Traditional Silverware in Kelantan, Kolej Pengajian Seni Kreatif
  • Kursus Penyembelihan Bertauliah Arnab: Belia Felda Aping Barat Dalam Usaha Meningkatkan Kemahiran dan Peluang Pekerjaan, UiTM Melaka
  • Empowering the Community for Quality Use of Medicines, Fakulti Farmasi
  1. Pembentang terbaik
  • Noor Hasimah Ibrahim Teo, UiTM Melaka
  • Soo Yew Phong, UiTM Melaka
  • Noor Fahitah Abu Hanipah, Fakulti Perubatan
  1. Anugerah Khas Juri
  • The Sustainability of Malay Traditional Silverware in Kelantan, Kolej Pengajian Seni Kreatif

Majlis penutupan Kolokium Geran CE-SIR 2024 telah dirasmikan oleh Profesor Madya Dr. Mahadir Ladisma@Awis, Pengarah CNC. Beliau menyatakan kolokium ini penting untuk mengenal pasti dengan lebih jelas pencapaian projek-projek yang dijalankan di bawah Geran CE-SIR. Kolokium ini juga berfungsi sebagai penanda aras untuk kesinambungan Geran CE-SIR pada masa akan datang.