Kolej UiTM Semarak Kebudayaan Demi Kelestarian Berpanjangan

17 Disember 2021 – Shah Alam, Pandemik yang melanda bukan penghalang bagi Pusat Kebudayaan UiTM Shah Alam dan Kolej Perindu bersama barisan kolej kediaman UiTM Shah Alam, Non-Resident dan kolej UiTM Cawangan Selangor menyemarakkan aktiviti kebudayaan tahunan dimana kali ini dilaksanakan secara langsung atas talian di Youtube Pusat Kebudayaan UiTM. Acara yang dinanti-natikan oleh semua peserta Karnival Budaya Antara Kolej UiTM (KARYAKU) 2021 iaitu acara Tarian Rampaian Tradisional telah dilaksanakan dengan jayanya pada malam tersebut.

Tarian tradisional terdiri daripada empat (4) jenis iaitu Asli, Inang, Joget dan Zapin. Manakala bagi maksud rampaian adalah digabungkan atau secara rangkaian menjadi sebuah persembahan tarian dikenali sebagai tari pergaulan berkonsepkan Tarian Rampaian Tradisional berlatarkan muzik lagu-lagu Asli, Inang, Joget atau Zapin. Tidak ketinggalan, acara yang dianjurkan oleh Kolej Perindu ini telah mendapat tajaan Rotiboy dan The Cups oleh Kosiswa, busana oleh Nyala Dance Theatre dan set latar belakang hiasan oleh Rekaputeh.

Sebanyak 10 kolej kediaman dan non-resident yang terdiri dari UiTM Shah Alam serta Cawangan Selangor telah bertanding dalam merebut gelaran Juara Tarian Rampaian Tradisional disamping beberapa anugerah khas yang telah dimenangi oleh Kolej Perindu untuk Anugerah Penari Lelaki Terbaik dan Anugerah Busana Terbaik manakala Kolej Melati telah memenangi Anugerah Penari Perempuan Terbaik, Anugerah Pola Lantai Terbaik, dan Anugerah Pilihan Juri.

Sebagai penutup KARYAKU 2021, Keputusan bagi Johan, Naib Johan dan tempat ketiga bagi acara Tarian Rampaian Tradisional KARYAKU 2021 beserta acara-acara kebudayaan lain seperti monolog digital, bakat staf, sayembara puisi disamping  johan keseluruhan, naib johan keseluruhan dan tempat ke-3 keseluruhan bakal diumumkan di Malam Gala KARYAKU pada 24 Disember 2021 dimana pengumuman semua pemenang pada malam kejadian.