SHAH ALAM – Perintah Kawalan Pergerakan(PKP) yang menuntut supaya sentiasa berada di rumah bukanlah alasan untuk tidak meneruskan aktiviti kemasyarakatan yang sering kita lakukan . Situasi itu dapat dilihat melalui aktiviti bacaan yasin diadakan oleh kolej Perindu.Program bacaan yasin,doa & solat hajat ini merupakan salah satu inisiatif Pihak Pengurusan Kolej Perindu bersama pelajar-pelajar UiTM sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan berlangsung dalam usaha menangani wabak Covid-19 yang masih lagi tular di peringkat global ini.Di samping itu,program ini masih lagi mengikut cara pelaksanaan yang mengikut arahan kerajaan menggunakan kaedah “social distancing” di kalangan penghuni kolej Perindu dan juga menerusi media sosial yang melibatkan pelajar-pelajar UiTM yang berada di rumah untuk turut menyumbangkan suara bagi mengimarahkan majlis ini.
Sebanyak 100 orang warga Perindu telah menghadiri program ini di perkaranagn blok masing-masing bagi bersama-sama meminta keberkatan dan turut dihadiri oleh barisan Staf Residen Kolej Perindu di perkarangan blok Perindu 2 serta selebihnya mengikuti secara lansung ‘Live Instagram’ di akaun rasmi @koleperindu.Pihak Jawatankuasa Perwakilan Kolej(JPK) Perindu serta dibantu oleh Majlis Bertindak agar sentiasa memastikan jarak sosial di antara penghuni dititiberatkan di samping memastikan kelangsungan program berjalan dengan lancar.
Usai sahaja bacaan yasin dan doa,semua yang menhadiri majlis itu diminta untuk mendirikan solat hajat di bilik dan rumah masing-masing.Kelangsungan aktiviti ini selari dengan objektif program untuk mengisi masa lapang pelajar UiTM di samping mendoakan supaya rantaian Covid-19 dapat diputuskan dan wabak ini berakhir dengan serta merta .