Kolej Perindu , MASMED buka peluang menjadi usahawan

Mahasiswa Kolej Perindu dan Staf Residen Kolej UiTM menyertai program Akademi Usahawan Muda

Seramai 150 peserta terdiri daripada mahasiswa Kolej Perindu dan Staf Residen Kolej Universiti Teknologi MARA (UiTM)  Shah Alam menyertai program Akademi Usahawan Muda anjuran Jawatankuasa Perwakilan Kolej Perindu (JPK) Kolej Perindu UiTM Shah Alam.

Program ini merupakan kursus asas keusahawan yang diadakan dengan kerjasama daripada Malaysian Academy of SME & Entrepreneurship Development (MASMED) UiTM Shah Alam. Ceramah asas keusahawan ini disempurnakan oleh Pengarah Pusat Pembangunan Modal Insan Keusahawanan , iaitu Dr Mohd Ali Bahari Abdul Kadir

Program yang diadakan di Dewan Serbaguna Kolej Perindu itu juga membuka peluang kepada peserta untuk memulakan perniagaan secara kecil-kecilan dalam kawasan Kolej Perindu.

Dr Mohd Ali Bahari Abdul Kadir

 

3
0