Kolaborasi SiBE FSPU- MiLBE ACIS UiTM Memacu Persepsi Baru Pematuhan Shariah dalam Industri Pembinaan

SHAH ALAM – Program webinar bersiri anjuran secara kolaborasi antara Shariah  in the Built Environment (SiBE), Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur (FSPU) Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam dengan Muamalat in Islamic Built Environment (MiLBE), Akademi Pengajian Islam Kontemporari Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam dengan telah diadakan pada 14 Oktober 2020. Siri pertama webinar yang bertajuk ’Syariah dan Aplikasi dalam Alam Bina: Sebuah Agenda untuk Penyelidikan telah menampilkan Profesor Sr Dr. Khairuddin Abdul Rashid sebagai penceramah utama. Seramai 150 peserta terdiri daripada pelajar, staf, alumni Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur serta pemain industri pembinaan menyertai program ini menerusi aplikasi Cisco Webex.

“Konsep yang berteraskan pematuhan syariah dalam perolehan dan kontrak memberi impak yang amat positif kepada semua pemain industri bukan hanya tertumpu kepada yang beragama islam, dalam sektor perbankan sebagai contoh, perbankan islamik telah mendapat sambutan yang baik daripada setiap lapisan masyarakat, “ujar Profesor Sr Dr. Khairuddin Abdul Rashid.

“Elemen-elemen seperti Al-Iktinaz (pasaran gelap), Al-Ihtikar (monopoli), Riba dan Gharar (ketidaktentuan) adalah dilarang dalam Konsep Pematuhan Syariah yang menimbulkan pelbagai pertikaian dan masalah dalam proses seperti penganugerahan kontrak dan pembiayaan projek,” tambah beliau lagi.

Penubuhan Shari’ah in the Built Environment (SiBE) Research Group pada 21 September 2020 bertujuan untuk mempromosikan Konsep Pematuhan Syariah dalam alam bina. Selaras dengan matlamat tersebut, webinar ini dianjurkan untuk memberi pendedahan kepada pemain industri, akademik dan pelajar institusi pengajian tinggi.

Ketua Pusat Pengajian Ukur Bahan, FSPU, Sr Dr. Shamsidar Saidan Khaderi berkata, program tersebut bermatlamat untuk memberi pendedahan kepada peserta mengenai konsep perolehan dan kontrak secara pematuhan syariah dalam industri alam bina.

Moderator program, Dr Noor Akmal Adillah Ismail mengajukan soalan dari peserta program