Kolaborasi Pra Pendidikan Tinggi ke Yayasan Terengganu

Pada 12 Julai 2020 lawatan mesra ke Yayasan Terengganu telah diaturkan oleh pihak PPT ke Yayasan Terengganu. Kunjungan tersebut yang disertai oleh Pengarah PPT, Dr Aini Japar, En Jamri, Koordinator PPT Kampus Dungun serta Felo PPT, Dr Wan Zuraida yang juga bekas Pelajar Yayasan Terengganu (AYTB) .

Pihak Yayasan Terengganu yang turut serta adalah Dr Hashim Azmi Bin Che Noh (Timbalan Pengarah Pendidikan) bersama dua bekas pensyarah Pra Sains UiTM iaitu Puan Sharifah Fatzhiyah Syed Ahmad (Ketua Penolong Pengarah) danTuan Haji Othman (Penolong Pengarah).

Tujuan utama lawatan ini adalah bagi membincangkan kolaborasi bagi kedua-dua pihak untuk pencerahan program, karier, program keciciran sifar serta lawatan dari sekolah angkat Yayasan Terengganu ke UiTM Shah Alam sebagai pendedahan awal pelajar melangkah ke Menara gading.