Kolaborasi Pengajaran USM dan UiTM dalam Pengajaran Kimia Organik

BUKIT BESI, 13 JUN 2024 – Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Terengganu Kampus Bukit Besi telah melaksanakan inisiatif kolaboratif melalui sesi webinar untuk meningkatkan pemahaman tentang asid karboksilik dalam pengajaran kod kursus kimia organic; CHM207. Sesi webinar ini melibatkan Dr. Nur Fatien Muhammad Salleh dari USM Kubang Kerian, Kelantan sebagai pensyarah jemputan dan 105 pelajar dari Program Diploma Teknologi Higien Industri (AS124) di UiTM Cawangan Terengganu Kampus Bukit Besi.

Sesi webinar selama 2 jam ini bertujuan untuk memanfaatkan pengalaman pensyarah dari USM dan UiTM dalam membimbing pelajar AS124 dengan lebih mendalam dalam kod kursus kimia organik.

Pendekatan kolaboratif seperti ini tetap relevan dalam pendidikan tinggi masa kini, di mana pelajar dapat mengambil manfaat dari pengajaran pensyarah dengan latar belakang yang berbeza dari berbagai institusi. Selain memperkaya pengalaman pembelajaran mahasiswa, sesi ini juga memberi peluang kepada mereka untuk memahami secara menyeluruh konsep-konsep penting dalam kimia organik yang berkaitan dengan keperluan industri higien.

Kolaborasi ini juga membuka pintu untuk peningkatan kolaborasi ilmiah di masa depan antara USM dan UiTM, mencerminkan langkah progresif dalam menjawab keperluan pendidikan yang semakin kompleks dan globalisasi yang terus berkembang.

Penulis : NORTHAQIFAH HASNA BINTI MOHAMED KHIR, WAN FARAHIYAH WAN KAMARUDIN