PETALING JAYA, 28 November 2024 – Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu (IMPAK) yang diwakili oleh Dr. Nadia Widyawati Madzhi (Ketua Unit Penyelidikan dan Pengurusan Maklumat), En. Rahman Naim Mat Ali (Penolong Pendaftar Kanan), dan En. Mohd Shahril Zamri (Pembantu Tadbir) telah mengadakan perbincangan bagi melaksanakan kolaborasi bersama Yayasan Selangor pada minggu lalu di Menara Yayasan Selangor, Petaling Jaya.
Sesi tersebut telah disambut mesra oleh YBrs. En. Zaini Sulaiman, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Selangor, bersama barisan pegawai daripada Bahagian Pendidikan Yayasan Selangor. Pertemuan ini memberi ruang kepada perkongsian idea berkenaan pelbagai program dan projek kolaborasi yang berpotensi untuk dilaksanakan, dengan bermatlamatkan memperkasa kepimpinan Melayu serta membentuk kerjasama strategik dalam bidang pendidikan, penyelidikan, dan pembangunan modal insan.
Hubungan yang terjalin melalui sesi ini diharapkan akan membuka peluang lebih besar untuk kedua-dua pihak menjalinkan kerjasama erat dalam menjayakan agenda pendidikan dan pembangunan masyarakat yang mampan serta menyumbang kepada kemajuan bangsa dan negara.
Penulis: Puan Umaimah Kamarulzaman, Dr. Nadia Widyawati Madzhi ,En Rahman Naim Mat Ali.