Knowing La Tradition: SOPHYS, Mengungguli Persembahan Kebudayaan dengan Tarian “Sub-Saharan Dance”

Kepala Batas , 30 Nov 2019 – Satu program yang menggabungkan konsep kebudayaan dan kesukanan telah berjaya dianjurkan oleh Kelab SOPHYS, MELTECH dan OTHENS. Program tersebut yang berlangsung pada waktu pagi dan malam di sekitar Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Pulau Pinang (Kampus Bertam) telah mendapat sambutan yang cukup menggalakkan daripada warga kampus.

Antara objektif program ini adalah untuk menggalakkan penglibatan mahasiswa dan mahasiswi dalam sukan rakyat tempatan, di samping memperkenalkan kebudayaan 3 benua, iaitu benua Asia, benua Eropah dan benua Afrika.

Dalam aktiviti Pertandingan Tarian Kebudayaan, sebanyak 4 kelab telah bertanding iaitu kelab SOPHYS, MELTECH, PENSA dan OTHENS.

Pertandingan dimulakan dengan persembahan daripada kelab OTHENS yang mewakili benua Eropah. Manakala kelab MELTECH dan PENSA pula mewakili benua Asia dengan tarian masing-masing daripada negara China dan India.

Kelab SOPHYS pula membawakan tarian rakyat daripada benua Afrika yang bertajuk “Sub-Saharan Dance”. Tarian ini biasanya dipersembahkan dalam majlis-majlis keramaian. Tahniah kepada ketiga-tiga kelab yang bergabung tenaga untuk menganjurkan satu program yang gilang-gemilang ini.

1
0