Klinik Kecemerlangan Akademik FPA – Plant Science (AGR122)

Klinik Kecemerlangan Akademik anjuran Fakulti Perladangan dan Agroteknologi (FPA) UiTM Cawangan Pahang (UCPh) telah diadakan secara atas talian melalui platform Cisco Webex pada 5 Februari 2022 (Sabtu) jam 10 pagi sehingga 12 tengahari khusus bagi pelajar Semester 1 yang mengambil Kod Kursus Plant Science (AGR122) bagi mengukuhkan pemahaman serta meningkatkan prestasi para pelajar sebelum menghadapi Peperiksaan Akhir Semester Oktober 2021 – Februari 2022. Penasihat Program bagi Klinik Kecemerlangan AGR122 ini ialah Puan Raihana Hani Zawawi dan Cik Nurulatika Minhad.

Program ini dimulakan dengan kata aluan daripada Puan Fazidah Rosli selaku Ketua Pusat Pengajian FPA UCPh sebelum diteruskan oleh Dr Neni Kartini Che Mohd Ramli selaku Penceramah serta Pensyarah Sumber AGR122. Penceramah telah membuat ulangkaji bersama pelajar serta berkongsi teknik dan tips menjawab soalan peperiksaan dengan jayanya. Para peserta dilihat bersemangat dan memberikan maklumbalas yang baik sepanjang program.

Dengan berlangsungnya program ini, diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua peserta yang terlibat serta dapat meningkatkan kecemerlangan dan peratus kelulusan dalam subjek Plant Science (AGR122) seterusnya meningkatkan peratus pencapaian FPA secara keseluruhan.