Klinik Kecemerlangan Akademik Fakulti Perladangan dan Agroteknologi (AGR122) 2023

Fakulti Perladangan dan Agroteknologi (FPA) UiTM Cawangan Pahang telah mengadakan satu program berkaitan dengan subjek pelajar semester 1 Diploma Pengurusan Perladangan (AT110) iaitu “Klinik Kecemerlangan Akademik FPA (AGR122)”. Program ini telah mendapat kelulusan daripada Hal Ehwal Akdemik Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Pahang serta bantuan kewangan dari Tabung Amanah Pembangunan Akademik Pelajar (TAPA), Universiti Teknologi MARA Pahang.

Program ini telah diadakan pada 13 Januari 2023 (Jumaat) bertempat di Dewan Al-Biruni 2, UiTM Cawangan Pahang. Pensyarah Sumber AGR122 iaitu Dr Neni Kartini Che Mohd Ramli telah dijemput sebagai penceramah program. Program ini dirancang untuk meningkatkan prestasi peperiksaan akhir semester bagi para pelajar Fakulti Perladangan dan Agroteknologi. Antara objektif program ialah untuk menggalak serta membimbing pelajar terutamanya dari aspek akademik agar dapat mencapai prestasi akademik yang cemerlang, membincangkan langkah-langkah menghadapi peperiksaan dengan bijak, membina keyakinan diri pelajar dalam menjawab soalan-soalan AGR122 serta membantu pelajar supaya dapat mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran dalam menjawab soalan-soalan sebenar ketika peperiksaan.

Seramai 71 orang pelajar yang mengambil kursus AGR122 telah hadir dalam program tersebut. Maklumbalas program menunjukkan komen positif dan pelajar berharap supaya program ini dapat diteruskan pada masa akan datang.

Program ini diharapkan dapat memantapkan dan menyediakan pelajar dari segi fizikal, emosi dan rohani serta intelektual bagi menghadapi peperiksaan akhir yang bakal menjelang seterusnya dapat meningkatkan peratus kelulusan dalam subjek Plant Science (AGR122) khususnya.