KIK IM-Vative Rangkul Anugerah Penarafan Emas & Anugerah Revolusi Industri di RTEx 2019

Regional Convention on Team Excellence (East Coast Zone)  RTEx 2019 telah di adakan pada 31 Julai 2019 – 1 Ogos 2019 bertempat di Hotel Perdana Kota Bharu. Konvensyen ini adalah anjuran Pihak Malaysia Productivity Corporation (MPC) Wilayah Timur.

Selama 2 hari konvensyen ini berlansung, ia telah dibahagikan kepada 4 Stream yang melibatkan 69 Team Excellence dari Seluruh Pelusuk Negara kerana Konvensyen Wilayah Timur ini merupakan Konvesyen Wilayah yang terakhir pada tahun ini sebelum berlangsungnya Konvensyen Team Excellence Peringkat Kebangsaan yang dikenali sebagai – 9th Annual Productivity & Innovation Conference and Exposition (APIC 2019) yang akan diadakan pada 5-7 November 2019 bertempat di Sunway Pyramid Convention Center (SPCC), Bandar Sunway, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.

UiTM Cawangan Kelantan telah menghantar 3 kumpulan, dan Alhamdulillah, KIK IM-Vative, daripada Fakulti Pengurusan Maklumat, UiTM Cawangan Kelantan telah mendapat Anugerah Penarafan Emas & Anugerah Revolusi Industri (IR4.0), manakala KIK I-Dimensi daripada Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS), UiTM Kelantan juga telah mendapat Anugerah Penarafan Emas untuk projek mereka, begitu juga dengan KIK Hybrid Fitrah Suci daripada Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS) dan Pusat Pemulihan Akhlak Machang telah mendapat Anugerah Penarafan Emas. Pun begitu, wakil daripada UiTM Cawangan Terengganu, FBM East Coast telah mendapat Anugerah Penarafan Perak untuk projek mereka.

Daripada 69 Team Excellence yang bertanding, 66 Team Excellence yang telah mendapat Penarafan Emas dan hanya 3 Team Excellence yang mendapat Penarafan Perak. Untuk Anugerah Revolusi Industri (IR4.0) hanya 7 Team Excellence yang berjaya memperolehi Anugerah tersebut.

Untuk Projek KIK IM-Vative bermula apabila masalah yang berlaku kepada pelajar semester 5 IM110 ialah peratusan kefahaman pelajar terhadap Kursus Rekabentuk & Pembangunan Laman Web (IMD311) kurang 50%. Ini akanmenyebabkan mereka tidak dapat menyambung ke program ijazah, tidak dapat menaikkan CGPA mereka dan mereka gagal meningkatkan kebolehpasaran graduan dalam pekerjaan. Perkara ini adalah disebabkan beberapa faktor seperti kaedah pembelajaran secara manual dan tradisional, tidak interaktif dan membosankan, penilaian secara manual serta kandungan kursus sukar difahami pelajar

Oleh itu, Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) IM-Vative mengambil inisiatif untuk membangunkan sebuah portal pembelajaran secara atas talian yang lebih interaktif, menarik dan menggunakan pelbagai media menggunakan platform Massive Open Online Course (MOOC) iaitu mooc.uitmapps.com. Pengguna boleh melayari, mendaftar dan mempelajari tag HTML & CSS dengan lebih mudah, interaktif & berkesan. Ianya mempunyai 14 bab dan setiap bab mempunyai video, latihan dan ujian.

Namun setelah dibuat penambahbaikan, kerana pengguna tidak dapat menggambarkan output hasil tag HTML & CSS yang mereka buat, ianya diselesaikan dengan membangunkan Inovasi kedua iaitu IM-Vative Sandbox di sandbox.uitmapps.com.

Inovasi ini menjadikan pembelajaran HTML & CSS dengan lebih mudah dan ianya bukan sahaja boleh digunakan untuk memaparkan hasil (output) penghasilan laman web bahkan ia boleh digunakan untuk pelbagai bahasa pengatucaraan web lain sekaligus meningkatkan bilangan yang mendapat A- dan ke atas dan keboleh pasaran pelajar ke alam pekerjaan.

Projek ini telah mendapat liputan RTM yang telah ditayangkan di dalam Berita N5 pada 4 Ogos 2019 dan bolehlah dilayari di URL berikut: https://m.youtube.com/watch?v=i6eRdsKuyMk

Foto berkaitan:

0
0