Kerjasama Sukarelawan Bersama Unit Kesihatan UiTM Sarawak dan Telekom Malaysia Cawangan Were Road

Unit Kesihatan UiTM Cawangan Sarawak dan Telekom Malaysia Cawangan Were Road julung kalinya adakan Saringan Kesihatan dan Ceramah Gaya Hidup Sihat

Unit Kesihatan UiTM Cawangan Sarawak dan Telekom Malaysia Cawangan Were Road telah buat julung kalinya mengadakan Saringan Kesihatan dan Ceramah Gaya Hidup Sihat bersama industri bagi memberi peluang kepada pekerja TM untuk mendapatkan saringan asas kesihatan secara percuma dan secara tidak langsung memberi kesedaran akan tahap kesihatan diri sendiri.

Selain itu, ia merupakan salah satu langkah awal bagi mengesan penyakit berbahaya yang berisiko dan pendedahan awal mengenai gaya hidup sihat yang perlu dipraktikkan di kalangan pekerja meskipun sibuk dengan tugas – tugas di pejabat. Program ini berlangsung di bilik aktiviti dan bilik mesyuarat di Bangunan Telekom Malaysia, Cawangan Were Road, Kuching.

Program ini adalah salah satu program sukarelawan dari Unit Kesihatan UiTM Cawangan Sarawak bagi berkongsi ilmu dan berkhidmat kepada komuniti bersama pelajar UiTM. Penglibatan staf Unit Kesihatan adalah bagi memberikan saringan kesihatan seperti pemeriksaan tekanan darah, pemeriksaan kandungan gula dalam badan(RBS) dan Body Mass Index (BMI) dalam kalangan pekerja TM.

Seramai lebih daripada 30 orang pekerja TM dari pelbagai bahagian telah terlibat dalam program berkenaan. Antara pengisian program ialah ceramah gaya hidup sihat oleh Dr Mohd Khairol bin Jambli dan saringan kesihatan yang dilakukan oleh staf Unit Kesihatan.

Menurut En. Yusri Morshidi, Pegawai Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan TM , mereka amat berterima kasih kepada pihak UiTM Sarawak kerana telah memberi peluang kepada mereka untuk berkerjasama dalam menjayakan program ini.

Selain itu, mereka juga berharap, program ini akan diteruskan lagi di masa hadapan. Unit Kesihatan UiTM Sarawak mengharapkan program seumpama ini dapat membina hubungan yang lebih rapat antara  UiTM dan mana-mana industri pada masa akan datang.

0
0