Kerjasama Program Sarjana Muda Seni Reka Grafik dan HONOR

28 Julai 2024  – Pada penghujung bulan Julai 2024 telah berlangsung pameran tahun akhir pelajar Program Seni Reka Grafik Kampus Puncak Alam. Pameran tersebut diadakan di GMBB, Jalan Robertson, Kuala lumpur pada tarikh 22 – 28 Julai 2024.

Pada penganjuran yang tersebut, Program Seni Reka Grafik telah membentuk satu jalinan kerjasama dengan dan syarikat teknologi antarabangsa HONOR. Pihak HONOR telah menediakan sebanyak 8 buah tablet untuk digunakan oleh pelajar khususnya yang membangunkan aplikasi berasaskan Augmented Reality sepanjang pameran berlangsung.

Kerjasama ini adalah hasil daripada persefahaman yang dibentuk bermula daripada tahun 2022 sewaktu penganjuran pertandingan HONOR Global Talents Awards 2022 peringkat UiTM yang diselia oleh Program Seni Reka Grafik, Kampus Puncak Alam.

Kerjasama ini bertujuan memperkukuh hubungan program Sarjana Muda Seni Reka Grafik bersama industri dalam bidang teknologi digital. Selain itu pelajar turut dapat bersama merasai pengalaman menggunakan tablet berprestasi tinggi yang ditawarkan oleh pihak HONOR.

Inisiatif ini dapat memberi tambah nilai kepada bakal graduan dalam bidang Seni Reka Grafik selain turut memberi manfaat besar kepada UiTM dalam penerokaan kerjasama yang lebih luas dengan peneraju bidang teknologi komunikasi digital dunia seperti HONOR.

Penulis : Ezal bin Daud

Penulis Bersama : Mohd Faizol Bin Haini, Sheikh Mohamad Hafiz Bin Abu Bakar