Kerjasama Fakulti Kejuruteraan Awam, UiTM bersama University of Stuttgart, Jerman

Dua penyelidik Fakulti Kejuruteraan Awam (FKA), Universiti Teknologi MARA (UiTM) telah berjaya dalam pembuatan prototiap ‘cross laminated timber (CLT)’ dari kayu tropika Malaysia yang pertama di Europa. Pembuatan CLT ini dilakukan di Eugen Decker, German dengan kerjasama Material Testing institute, University of Stuttgart, Jerman.

Projek ini mendapatkan dana dari Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB). Kajian ini diketuai oleh  Prof Dr Zakiah Ahmad bersama penyelidik Dr Norshariza Mohd Bkhari.

Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk menyediakan protokol atau standard pembuatan bagi CLT dari kayu tropika Malaysia. Data dari kajian juga akan dihunakan dalam ISO Standard.

0
0