Kerjasama Antara Pejabat Pra Pendidikan Tinggi (PPT) Dan Balai Bomba & Penyelamat S15

Kunjungan wakil Pejabat Pra Pendidikan Tinggi (PPT) Universiti Teknologi MARA UiTM ke Balai Bomba & Penyelamat Seksyen 15 Shah Alam telah berlangsung pada 27 Oktober 2021 yang lepas. Pertemuan tersebut berlangsung pada jam 3 petang bersama dengan Pengawai Unit Latihan Balai, En Kamarul Azha. Wakil PPT yang hadir terdiri daripada Pengarah PPT UiTM Shah Alam, PM Ts Dr, Aini Jaapar, Felo Promosi & Alumni, Dr. Leylawati Joremi dan Felo Penyelidikan, Ts Dr. Wan Zuraida untuk berjumpa dan berbincang bersama dengan beliau.

Pengarah PPT, PM Ts Dr. Aini Jaapar bersama dengan Dr. Leylawati dan Dr. Wan Zuraida berbincang tentang kerjasama dengan Pengawai Unit Latihan Balai, En Kamarul Azha. Perbincangan yang diadakan tentang kerjasama mempromosikan PPT yang melibatkan warga Bomba & Penyelamat. Tambahan pula, kerjasama bersama Bomba & Penyelamat dalam penyelidikan turut diadakan. Persetujuan tercapai dimana kerjasama lanjutan akan diberikan dari segi pendedahan khusus tentang pengajian universiti untuk anak-anak Bomba dan penyelidikan berkaitan aktiviti kurikulum buat pelajar-pelajar UiTM. Antara aktiviti kurikulum yang telah diterapkan kepada pelajar UiTM seperti aktiviti kawad kaki, aktiviti menyelam dalam air, aktiviti menyelamat aras tinggi dan Service Learning Malaysia (SULAM).

Tunjuk ajar yang diberikan oleh pihak Bomba & Penyelamat telah banyak membantu pelajar UiTM yang mengikuti aktiviti kurikulum dalam menimba ilmu pengetahuan dan pengalaman yang luas. Pelajar dapat merasai bagaimana situasi sebenar menjadi Bomba pada waktu itu. PPT akan membekalkan pendidikan dalam kaedah pemberian maklumat untuk anak-anak Bomba khusus dalam pengajian di peringkat universiti. Ia bertujuan untuk memberi pendedahan tentang pengajian selepas tamatnya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk melangkah ke alam universiti kelak.

Sehubungan dengan itu, diharap kerjasama yang antara PPT dan Balai Bomba & Penyelamat dapat diteruskan dengan aktiviti yang berbeza selepas ini. Uitm Di Hatiku. “Unleashing Potentials, Shaping The Future”.