Keputusan Pilihanraya Jawatankuasa Perwakilan Pelajar UiTM Cawangan Sarawak

KOTA SAMARAHAN: Bahagian Hal Ehwal Pelajar dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Sarawak telah mengadakan Pilihanraya untuk Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) bagi sesi 2020/2021 di Bilik Seminar Utama, UiTM Kampus Samarahan 2, Kota Samarahan pada 4 Januari sehingga 13 Januari 2021.Pilihanraya JPP pada kali ini telah mencatat sejarah sebagai pilihanraya yang diadakan secara dalam talian sepenuhnya melalui saluran laman sesawang Facebook rasmi UiTM Cawangan Sarawak.

Proses penamaan calon telah bermula pada 4 Januari 2021 sehingga 6 Januari 2021 yang lalu dan seramai 72 orang calon telah menghantar penyertaan. Pada 7 Januari 2021 pula, Mesyuarat Jawatankuasa dan Pengesahan Calon yang bertanding telah bersidang dan Pengumuman Penamaan Calon diadakan pada 8 Januari 2021. Pada pengumuman tersebut, seramai 3 pencalonan telah ditolak dan 6 pencalonan telah menang tanpa bertanding dan bakinya 63 orang calon adalah yang layak bertanding untuk pilihanraya ini.  Selesai pengumuman calon, mereka telah mula berkempen sehingga 11 Januari 2021. Proses pembuangan undi pula telah dijalankan pada 12 Januari 2021 dan sistem pengundian telah ditutup. Keputusan Piliharaya Jawatankuasa JPP telah diumumkan pada jam 7.30 malam bertarikh 13 Januari 2021. Encik Adib bin Sharkawi selaku Pegawai Khas Pilihanraya telah menyerahkan sampul keputusan penuh calon yang bertanding kepada Cik Norizah Mirza binti Tajudin, Pengerusi Jawatankuasa Kecil Pengumuman Calon.

Berikut merupakan nama calon Pilihanraya JPP Sesi 2020/2021 yang telah menang tanpa bertanding:

 Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan :
1. Norsyahanaz binti Wen @ Lut
2. Viona Maria anak Guan

 Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka:
1) Aiman Jufri bin Mohd Zaini @ Zaini
2) Arham bin Aliphian

 Fakulti Sains Kesihatan:
1) Alya Dayana binti Dannie
2) Angelina anak Liyam

Berikut pula merupakan nama calon Pilihanraya JPP Sesi 2020/2021 yang telah menang bertanding:

 Fakulti Perakaunan:
1) Yehoshua anak David – kutipan undian sebanyak 291 orang
2) Siti Nur Fatihah binti Juhimin – kutipan undian sebanyak 272 orang

 Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi:
1) Glenn Achang Henry – kutipan undian sebanyak 662 orang
2) Abdul Muzhaffar – kutipan undian sebanyak 529 orang

 Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur :
1) Sherly Brenda Michael – kutipan undian sebanyak 459 orang
2) Firiany binti Ya’akup – kutipan undian sebanyak 457 orang

 Fakulti Sains Gunaan :
1) Syarafana binti Mohamad Morshidi – kutipan undian sebanyak 447 orang
2) Clarina Durie anak Damong – kutipan undian sebanyak 304

 Fakulti Perladangan dan Agroteknologi :
1) Atanassius anak Anatalai – kutipan undian sebanyak 296 orang
2) Mohamad Shahmizi bin Mohamad – kutipan undian sebanyak 232 orang

 Fakulti Pengurusan dan Perniagaan :
1) Naryssa binti Noor Zain – kutipan undian sebanyak 512 orang
2) Haziq Mustaqim bin Haris Abdillah – kutipan undian sebanyak 383 orang

 Fakulti Sains Komputer dan Matematik ;
1) Darren Liaw Shao Ren mendapat – kutipan undian sebanyak 297 orang
2) Amiratun Adlina binti Khairul Amry – kutipan undian sebanyak 296 orang

 Fakulti Kejuruteraan Awam :
1) Pearl Isabell anak Mergi – kutipan undian sebanyak 141 orang
2) Umi Kalshum binti Sarkawi – kutipan undian sebanyak 127 orang

 Fakulti Kejuruteraan Elektrik :
1) Mohamed Yusuf Hassan bin Roslan – kutipan undian sebanyak 80 orang
2) Anastasia Mawas Legak – kutipan undian sebanyak 53 orang.

 Fakulti Kejuruteraan Kimia :
1) Ikhwan Haqeem Mohd Tabrizal Fitry – kutipan undian sebanyak 92 orang
2) Muhammad Khairi Iqbal bin Zulkifli – kutipan undian sebanyak 71 orang

 Akademi Pengajian Islam dan Kontemporari
1) Nur Adila Ilyana binti Mohd Sobri sebanyak 177 orang
2) Muhammad Afiq Danial bin Haznan – kutipan undian sebanyak 174 orang

 Fakulti Pengurusan Maklumat :
1) Noriman Ariff bin Saiful Bahar – kutipan undian sebanyak 220 orang
2) Siti Suhanie binti Hurmat – kutipan undian sebanyak 195 orang

 Fakulti Sains dan Rekreasi.
1) Hazirah binti Pethie – kutipan sebanyak 202 orang
2) Muhammad Syareeza Azrin bin Yazid – kutipan sebanyak 145 orang

Turut hadir semasa Pengumuman Keputusan Pilihanraya Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) tersebut berlangsung ialah YBhg. Profesor Madya CmH Dr Mohammad Isa bin Mohamadin, Timbalan Rektor Bahagian Hal Ehwal Pelajar UiTM Cawangan Sarawak.