Kenyataan Media: Tangguh Kuliah di UiTM Selangor Berikutan Jerebu

KENYATAAN MEDIA


UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

Dimaklumkan bahawa pihak Pengurusan Tertinggi UiTM mengambil keputusan untuk menangguhkan semua kuliah di UiTM Selangor, yang dijadualkan pada hari Isnin, 28 September 2015. Keputusan ini dibuat setelah mengambil kira bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada hari ini, 27 September 2015.

Seterusnya, penangguhan kuliah pada hari-hari berikutnya akan diumumkan sehari sebelum tarikh penangguhan, berdasarkan pemantauan IPU dari semasa ke semasa.

Penangguhan tersebut hanya melibatkan jadual kuliah. Manakala warga kerja dikehendaki hadir bertugas seperti biasa.

Bagi kampus-kampus negeri lain pula, pemakluman mengenai penangguhan kuliah berdasarkan bacaan IPU, tertakluk pada keputusan Rektor Kampus masing-masing.

Harap maklum.

Naib Canselor
Universiti Teknologi MARA
27 September 2015

0
0