Kemuncak Program Kembara Ramadhan SIRI-4.0 2019 oleh PPBIO bersama HEI UiTM Kampus Kuala Pilah

Kemuncak Program Kembara Ramadhan SIRI-4.0 2019 oleh PPBIO bersama HEI UiTM Kampus Kuala Pilah
Kemuncak Program Kembara Ramadhan SIRI-4.0 2019 oleh PPBIO bersama HEI UiTM Kampus Kuala Pilah

Program telah diadakan pada hari selasa, 15 mei 2019 di UiTM CNS Kampus Kuala Pilah, Negeri Sembilan dengan kerjasama Unit Hal Ehwal Islam (HEI) bertempat di Pusat Islam At-Taqwa.

Gotong-royong bersama AJK Kembara Ramadhan di kalangan para pensyarah PPBIO, pelajar ijazah pertama biologi serta AJK HEI bagi penyediaan memasak bubur lambuk telah dimulai pada jam 10 pagi manakala pembungkusan serta pengedaran bubur lambuk dijalankan selepas solat zohor sehingga jam 5 petang.

Sebanyak 800 pek bubur lambuk telah diedarkan kepada warga staf serta pelajar UiTM CNS Kampus Kuala Pilah pada petang tersebut.

Acara penutup yang dimulai pada 5 petang iaitu pemberian sumbangan kepada pelajar asnaf berbentuk duit tunai dan bungkusan makanan telah dihadiri oleh Prof. Dato’ Dr. Nasruddin Mohamed, Rektor UiTM CNS; Prof. Madya Dr. Abdul Halim Ramli, Timbalan Rektor HEA; Yang Berusaha, Timbalan Pendaftar, Cik Sazlyra Mohd Arshad; Ketua Pusat Pengajian Biologi, Dr. Aslizah Aris; Pengarah Program, Dr. Rosli Noormi; AJK Program Kembara Ramadhan; Staf-staf dan para pelajar UiTM CNS Kampus Kuala Pilah.

Program telah mencapai objektif mengimarahkan bulan Ramadan Al-Mubarak dengan pengisian membantu sesama muslim, membudayakan sifat penyayang di samping mengeratkan lagi silaturrahim sesama warga kampus.

Program Kembara Ramadhan Siri 4.0 2019 anjuran Pusat Pengajian Biologi dengan kerjasama Unit Hal Ehwal Islam UiTM Cawangan Negeri Sembilan Program Kembara Ramadhan Siri 4.0 2019 anjuran Pusat Pengajian Biologi dengan kerjasama Unit Hal Ehwal Islam UiTM Cawangan Negeri Sembilan

0
0