Program KPT Prihatin Komuniti Sejahtera (KRIS) bersama-sama Unit Endokrin Fakulti Perubatan, Hospital Al-Sultan Abdullah (HASA) dan Fakulti Pergigian UiTM akan mengadakan Kempen Saringan Kesihatan Percuma sempena Hari Diabetes Sedunia pada 4 November 2023, bermula jam 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari, bertempat di Dewan MPKS Saujana Utama. Pelbagai aktiviti bakal berlangsung termasuk pemeriksaan kesihatan, pemeriksaan kesihatan mata, pemeriksaan kesihatan mulut, pemeriksaan kesihatan (kanak-kanak), pameran pemakanan sihat, pertandingan mewarna dan banyak lagi.
Sehubungan itu, YBhg. Dato./ Prof./ Tuan/ Puan dengan sukacitanya dijemput hadir ke program ini. Mohon juga jasa baik YBhg. Dato./ Prof./ Tuan/ Puan untuk menguar-uarkan dan berkongsi maklumat program ini kepada rakan-rakan mahupun jabatan/ agensi yang lain.
Atas perhatian dan kerjasama, kami dahului dengan ucapan terima kasih.
Untuk maklumat lanjut berkaitan program, sila layari:
https://worlddiabetesdayuitm.simdif.com/