Majlis Pelancaran Kempen Penanaman 100 Juta Pokok Peringkat UiTM Cawangan Pahang Kampus Jengka dengan kerjasama Jabatan Perhutanan Negeri Pahang telah berlangsung dengan jaya dan lancar pada hari ini 22 Mac 2022.
Pelancaran kempen telah dimulakan dengan ucapan aluan oleh YBhg. Profesor Ts. Dr. Mohd Ilham Adenan, Rektor UiTM Cawangan Pahang dan seterusnya ucapan oleh YH Dato’ Samsu Anuar Bin Nawi, Timbalan Pengarah Perhutanan (Pembangunan). Majlis diteruskan lagi dengan ucapan perasmian oleh YBhg. Prof. Dato’ Ir. Ts. Dr. Hj. Mohd Fozi Ali, Timbalan Naib Canselor (Pembangunan) dan diikuti dengan gimik penanaman pokok Merbau (Instia Palembanica), Keruing Kertas (Dipterocarpus Chartaceus) dan Meranti Kuantan (Shorea Kuantanensis).
Aturcara diteruskan dengan lawatan ke ruang pameran yang disediakan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) dan Pusat Pengajian Industri Perkayuan UiTM Cawangan Pahang Kampus Jengka. Seterusnya, delegasi lawatan dibawa ke lokasi penanaman berhampiran pintu masuk utama UiTM Cawangan Pahang Kampus Jengka dimana aktiviti ini adalah selari dengan matlamat Kempen Penghijaun Malaysia 2021-2025.
Terima kasih kepada pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis pelancaran kempen ini. Semoga semua pihak mendapat manfaat dari majlis pelancaran kempen ini. Syabas dan tahniah kepada penganjur majlis yang diterajui oleh kolaborasi antara Jawatankuasa Pelaksana yang diterajui Pejabat Pengurusan Infrastruktur & Infostruktur UiTM Cawangan Pahang (PPII) bersama Jabatan Perhutanan Negeri Pahang.