Kempen Kenali InQKA: Kenali Unit Jaminan Kualiti Dalaman(IQA)

UiTM telah dianugerahkan status swaakreditasi pada 2 Januari 2017 oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) yang melayakkan UiTM untuk mengakredit program akademiknya sendiri kecuali program-program di bawah badan profesional. Selaras dengan penganugerahan ini, Unit Jaminan Kualiti Dalaman (IQA) telah ditubuhkan pada tahun yang sama.

Unit IQA bertanggungjawab menyelaras penilaian program akademik dan mengurus penyenaraian semua program akademik di Daftar Kelayakan Malaysia (MQR).

Semua penilaian dibuat berdasarkan kepada Code of Practice for Programme Accreditation (COPPA)/ COPPA – Open and Distance Learning (COPPA-ODL)/ Code of Practice for TVET Programme Accreditation (COPTPA) dan semua standard berkaitan yang dikeluarkan oleh pihak MQA untuk memastikan semua program mematuhi keperluan Kerangka Kelayakan Malaysia (MQF).