Seri Iskandar 15 Julai 2024 – Jawatankuasa Kampus Hijau melancarkan hebahan Kempen Carry and Care pada 15 Julai 2024 yang dikendalikan oleh Unit 2 : Green Office. Kempen yang bakal bermula di Universiti Teknologi MARA Cawangan Perak (UiTMCP) pada 22 Julai sehingga 30 Ogos 2024 menekankan inisiatif ke arah menyemarakkan penggunaan beg guna semula. Jawatankuasa Kampus Hijau UiTMCP Kampus Seri Iskandar menganjurkan program penggunaan beg guna semula ini bertujuan menggalakkan aktiviti kelestarian alam sekitar menerusi pengurangan penggunaan plastik, kertas dan lain-lain pembaziran.
Hasil usaha ini juga ke arah mencapai PI 108 UiTM “Mengurangkan penggunaan plastik dan kertas di kalangan warga kampus”. Antara kelebihan menggunakan beg guna semula bermotifkan mesra alam yang dapat mengurangkan penggunaan plastik dan tidak mencemarkan alam sekitar . Selain itu, beg guna semula adalah tahan lama dan boleh digunakan secara berulang kali. Justeru, penjimatan wang dikenalpasti kerana tidak perlu membeli beg plastik setiap kali berbelanja. Di samping itu, penggunaannya dipercayai dapat mencapai kepelbagaian dan kesesuaian seperti membeli-belah, membawa buku dan juga untuk aktiviti harian. Marilah kita bersama-sama menyokong usaha ini dengan menggunakan beg guna semula dalam kehidupan seharian.
Jawatankuasa Kampus Hijau UiTMCP khususnya di bawah seliaan Unit 2 : Green Office Kampus Seri Iskandar mensasarkan penyertaan kempen ini secara aktif dari seluruh warga kampus. Penghargaan kepada warga yang aktif menyemarakkan kempen ini akan dinobatkan pada Bulan Inovasi yang bakal berlangsung pada Ogos 2024 di UiTMCP. Semarakkan keceriaan kampus adalah di bawah PI135 “Kelestarian dan Keceriaan Kampus”.