Seri Iskandar 11 Oktober 2024 – Jawatankuasa Kampus Hijau telah melancarkan Kempen Carry and Care pada 15 Julai 2024 yang dikendalikan oleh Unit 2 : Green Office. Kempen yang bermula di Universiti Teknologi MARA Cawangan Perak (UiTMCP) pada 22 Julai sehingga 30 Ogos 2024 menekankan inisiatif ke arah menyemarakkan penggunaan beg guna semula telah mendapat sambutan dari warga kampus UiTMCP. Jawatankuasa Kampus Hijau UiTMCP Kampus Seri Iskandar berbesar hati dengan penganjuran program penggunaan beg guna semula yang bertujuan menggalakkan aktiviti kelestarian alam sekitar menerusi pengurangan penggunaan plastik, kertas dan lain-lain pembaziran.
Hasil usaha ini juga mencapai PI 108 UiTM “Mengurangkan penggunaan plastik dan kertas di kalangan warga kampus” dengan pelbagai kelebihan menggunakan beg guna semula bermotifkan mesra alam yang dapat mengurangkan penggunaan plastik dan tidak mencemarkan alam sekitar .
PTJ yang menyemarakkan kempen di tempat pertama adalah di kalangan warga dari PTJ Fakulti Pengurusan Perniagaan. Manakala, PTJ di tempat kedua adalah di bawah Bahagian Hal Ehwal Akademik dan tempat ketiga adalah dari PTJ Unit Kesihatan. Setinggi penghargaan kepada warga yang aktif menyemarakkan Kempen Carry & Care pada Tahun 2024 ini.
Jawatankuasa Kampus Hijau UiTMCP khususnya di bawah seliaan Unit 2 : Green Office Kampus Seri Iskandar mensasarkan penyertaan kempen ini secara lebih aktif dari seluruh warga kampus pada tahun 2025. Semarakkan keceriaan kampus adalah di bawah PI135 “Kelestarian dan Keceriaan Kampus”.