Kem Kesedaran Alam Sekitar (KeKAS) Ekologi Marin Sempena Minggu Sains Negara Peringkat Negeri Perlis 2019

26-28 Julai 2019 – Kem Kesedaran Alam Sekitar (KeKAS) ekologi marin sempena Minggu Sains Negara Peringkat Negeri Perlis 2019 telah dianjurkan oleh Program Teknologi Marin, Fakulti Sains Gunaan, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Perlis dengan kerjasama Jabatan Alam Sekitar Negeri Perlis, Marine Research & Excellence Center – MAREC UiTM Perlis, Jabatan Perikanan Malaysia – Jabatan Taman Laut Malaysia Negeri Kedah, Lada – Geopark & Trash Hero Perlis.

Seramai 30 orang pelajar tingkatan 2 SMK Perlis dan SMK Syed Alwi, Perlis & 25 orang urusetia terlibat dalam Kem Kesedaran Alam Sekitar ini.

Program ini adalah bertujuan untuk menggunakan pendidikan marin sebagai asas untuk membina kesedaran alam sekitar marin dan memahami konsep pemuliharaan sumber hidupan marin di Pulau Langkawi secara amnya.

Foto berkaitan:

0
0