Kelas Phothoshop bersama Sifu Hafiz Ahyat – Satu Inisiatif dalam Mendekati Penghuni Kolej Perindu

Kelas Phothoshop bersama Sifu Hafiz Ahyat - Satu Inisiatif dalam Mendekati Penghuni Kolej Perindu

Shah Alam , 4 April 2020 –  “Kelas Photoshop Bersama Sifu Hafiz” merupakan salah satu aktiviti yang telah dijalankan oleh Kolej Perindu di UiTM Shah Alam, Malaysia. Umum mengetahui mengenai isu terkini iaitu Covid-19 telah menyebabkan pelbagai aktiviti terpaksa dibatalkan dan ditangguh sementara. Oleh hal yang demikian, pelbagai inisiatif dan aktiviti telah diselaraskan dalam waktu Perintah Kawalan Pergerakan ( PKP ) bagi mengisi masa lapang para mahasiswa. Program yang dijalankan adalah khuhsusnya, kepada para pelajar yang masih menghuni Kolej Perindu dan yang berada di rumah. Program ini telah dijalankan secara atas talian melalui akaun rasmi Facebook Kolej Perindu. Justeru itu, semua pelajar yang masih berada di kolej mahupun di rumah dapat menyertainya.

Kelas Phothoshop bersama Sifu Hafiz Ahyat - Satu Inisiatif dalam Mendekati Penghuni Kolej Perindu
Aktiviti ini telah dijalankan pada 11 dan 12 April 2020 iaitu selama 2 sesi. Hal ini kerana input yang diberikan memerlukan waktu yang lebih. Aktiviti ini telah disampaikan oleh seorang penceramah yang juga merupakan pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM). Beliau ialah Muhammad Hafiz Bin Muhammad Ahyat atau lebih dikenali dengan panggilan Sifu Hafiz Ahyat. Beliau merupakan seseorang yang berpengalaman dan berpengetahuan yang baik dalam topik yang disampaikan iaitu mengenai “Photoshop”.

Kelas Phothoshop bersama Sifu Hafiz Ahyat - Satu Inisiatif dalam Mendekati Penghuni Kolej Perindu

Beliau menekankan bahawa untuk belajar dan bekerja didalam bidang tugas penyuntingan dan edit adalah tidak mudah. Minat dan kesabaran yang tinggi merupakan kunci kepada kejayaan seseorang editor itu.
Beliau memberikan maklumat mengenai asas bagaimana untuk kita sebagai seorang pemula dalam mengedit sesebuah gambar itu. Terdapat pelbagai aplikasi yang sering digunakan dalam menjalankan proses mengedit gambar.

Antara yang difokuskan adalah pengunaan aplikasi Adobe Photoshop. Antara perkara yang menarik dan boleh dilakukan dengan aplikasi ini ialah para pelajar dapat belajar untuk menyediakan poster dengan sendiri. Tuntasnya, pelajar yang mempunyai minat yang tinggi didalam bidang ini juga mampu menjalankan perniagaan atas talian yang mampu menjana pendapatan sampingan.

Akhir sekali, terlalu banyak perkongsian yang telah disampaikan oleh beliau. Perkongsian ilmu yang baru ini bagi sesetengah pelajar diharapkan mampu memberikan semangat dan idea dalam memupuk para pelajar untuk tidak pernah malu menuntut dan mencari ilmu yang baru.