Kelab Kadet Bomba UiTM Sarawak bersama Masjid Imaduddin Kampung Bako Indah Kuching anjur Program Khidmat Masyarakat dan Anak Angkat

KOTA SAMARAHAN, 5 Disember  2019 РPada 16 hingga 17 November 2019 yang lalu, Kelab Kadet Bomba Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Sarawak dengan kerjasama Masjid Imaduddin Kampung Bako Indah Kuching telah menganjurkan Program Khidmat Masyarakat dan Anak Angkat bertempat di Kampung Bako Indah, Kuching.

Objektif utama program ini dijalankan adalah bagi mewujudkan dan mengeratkan jaringan komunikasi antara masyarakat setempat dan juga mahasiswa UiTM. Selain itu, program ini juga dapat memberi peluang kepada mahasiswa untuk menjadikan aktiviti kemasyarakatan ini sebagai satu platform untuk berbakti kepada masyarakat setempat.

Terdapat pelbagai aktiviti yang telah dianjurkan bersama penduduk kampung sebagai pengisian program ini. Antaranya, Cardiopulmonary Resuscitation and Chocking Talk yang disampaikan oleh Dr Kamarudin bin Jaraee daripada Unit Kesihatan UiTM, Ceramah Pencegahan Kebakaran dan Pemadaman Api dirumah oleh Pegawai Bomba yang bertugas di Balai Bomba Tabuan Jaya, Saringan Kesihatan oleh Unit Kesihatan UiTM, Sukaneka dan juga Rewang bersama penduduk Kampung Bako Indah. Semasa Majlis Penutupan Program, wakil UiTM Cawangan Sarawak telah menyampaikan sumbangan Papan Tanda Masjid bersempena penaikan taraf Masjid tersebut.

Diharap agar program seumpama ini akan terus dapat dilaksanakan oleh pelajar UiTM khasnya agar jalinan erat antara UiTM dan pihak luar dapat terus dikekalkan.

Foto berkaitan:

0
0