Penganjuran program orienteering kali pertama yang diadakan oleh UiTM di peringkat antarabangsa yang melibatkan 150 peserta dari luar negara (world ranking event) dan 400 orang peserta dari dalam negara (national ranking event). Program ini mempunyai 4 kategori pertandingan iaitu National Ranking Event (NRE), World Ranking Event (WRE), Relay Race dan Youth Race.
Pencapaian:
Kedua-dua peserta wanita mendapat top 15 untuk acara NRE wanita manakala seorang peserta lelaki mendapat top 30 bagi acara NRE lelaki. 3 sukarelawan dapat mengambil pengalaman menguruskan acara yang bertaraf antarabangsa. Kesemua peserta dapat peluang untuk mempelajari ilmu yang baru dan bakal digunakan untuk pertandingan yang akan datang.
- Penganjur: Universiti Teknologi MARA (UiTM)
- Kerjasama: International Orienteering Federation (IOF), Malaysia Orienteering Club (MEOSC), Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA)
- Tarikh: 6/12/2019- 8/12/2019
- Tempat: UiTM Shah Alam
- Negara Terlibat: Malaysia, Belgium, Taiwan, Thailand, Singapore, Indonesia, Sri Lanka, Croatia, Estonia, Hong Kong, China, New Zealand, Bangladesh
- Penglibatan: 1 staf (peserta), 5 pelajar (peserta) dan beberapa sukarelawan yang terdiri daripada pelajar FKA
- Perasmi Program: Dr Wirdati Mohd Radzi (Pesuruhjaya Sukan Malaysia)
- Penaja: Kelab Alumni FKA
- Supervisor: Mohd Ridzuan Mohd Ali, pensyarah FKA
- Nama pelajar: Alma Aina Mohd Nasir, Nurul Atiqah Mohammad, Mohd Azran Uddin, Khairul Aman Kamaruddin, Mohamad Azri Jamsari
Oleh: Alma Aina Mohd Nasir