KEKITA UiTM Sarawak Hulur Bantuan kepada Warga Bencana Long Busang di Hulu Empangan Bakun, Belaga

KEKITA UiTM Sarawak menghulurkan bantuan kepada Warga Bencana Long Busang di Hulu Empangan Bakun, Belaga

KOTA SAMARAHAN, 24 JULAI 2019 (RABU) : Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Sarawak melalui Kelab Kakitangan UiTM Cawangan Sarawak (KEKITA) telah menghulurkan bantuan kepada warga Long Busang di Hulu Empangan Bakun di Belaga akibat Bencana Banjir besar yang melanda Long Busang pada 3 Jun 2019 yang lalu sehari sebelum Umat Islam menyambut ketibaan Aidilfitri.

Sumbangan berupa wang tunai daripada Kelab Kakitangan UiTM Cawangan Sarawak (KEKITA) tersebut telah disampaikan oleh wakil KEKITA UiTM Sarawak, Dr. Mohd Khairol Jambli yang juga merupakan wakil Pengurusan UiTM Sarawak.

Program ini merupakan program anjuran bersama Jabatan Agama Islam Sarawak, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Pengarah Pejabat Mufti. Sumbangan telah diserahkan kepada Ketua Kaum Long Busang, Tuan Haji Yusof.

Untuk sampai ke Long Busang ini, rombongan telah menempuh perjalanan yang sukar dan lama kerana Long Busang terletak di Kapit. Perjalanan menggunakan bot ekspress mengambil masa 3 jam dari Bandar Sibu sebelum meneruskan perjalanan darat selama 6 jam dari Bandar Kapit. Walau bagaimanapun, kegembiraan warga Long Busang menerima kunjungan dan sumbangan derma dari warga yang prihatin melebihi segala kesukaran tersebut.

Foto yang menceritakan suasana misi khidmat masyarakat anjuran UiTM Cawangan Sarawak:

0
0