Kejohanan Tenpin Boling Piala Rektor Staf UiTM Cawangan Sarawak 2023

Kejohanan Tenpin Boling Piala Rektor Staf UiTM Cawangan Sarawak 2023 berjaya dianjurkan dengan penyertaan 28 pasukan yang terdiri daripada 16 pasukan lelaki dan 12 pasukan wanita termasuk pasukan dari kampus Mukah. Kejohanan yang berlangsung di Megalanes Sarawak Batu Kawa itu anjuran Kelab KEKITA UiTM Cawangan Sarawak dan lebih manis turut disertai oleh Prof. Dato Dr. Jamil Haji Hamali Rektor UiTM Cawangan Sarawak yang mewakili pasukan Pejabat Rektor (R1).

Bagi kategori individu lelaki, kehebatan Zulfadli Sukardi dari pasukan Kolej Strikers sukar digugat apabila berjaya membuat jatuhan pin tertinggi dengan 843 jatuhan pin diikuti Mohd Fauzi Unit Sukan A di tempat kedua dengan 621 sementara Mohammad Abang dari pasukan Adminion’s A (Pentadbiran) di tempat ketiga dengan 573 jatuhan pin. Kecemerlangan Zulfadli turut berjaya membantu pasukannya muncul juara kategori berpasukan lelaki. Bersama-sama Berahim Pon, Mohamad Isa dan Mohd Noor Ismail, Kolej Strikers mengungguli kejohanan kali dengan 2,383 jatuhan pin diikuti pasukan Unit Sukan A di tempat kedua dengan 2,036 jatuhan pin. Pasukan Unit Sukan A yang diwakili Mohd Fauzi, Mohd Khairolazlin, Yacub Morshidi dan Mohd Fareez berjaya mengetepikan pasukan Belasah Jak yang diwakili Noor Azland, Amir Nazarudin, Ir Jamil Matarul dan Embam Daud dengan 2,002 jatuhan pin. Pasukan Adminion’s A (Pentadbiran) yang diwakili Mohamad Arif, Awang Zaini, Wan Fakhrurazi dan Mohammad Abang menduduki tempat keempat dengan 1,989 sementara Pujut K.A.B Bowl pula ditempat kelima. Pasukan yang diwakili Khairul Anuar, Awang Ihsan, Ku Mohd Asyraf dan Mohd Dzuliqyan dengan 1,887 jatuhan pin.

Juara bertahan The Queens berjaya mencipta hatrik apabila sekali lagi muncul juara pada edisi kejohanan kali ini bagi kategori wanita. Pasukan yang diwakili Jacqueline, Nurul Lizzan, Affidah dan Siti Huzaimah berjaya membuat 1,986 jatuhan pin sekaligus mengekalkan mahkota kejuaraan yang dimenangi dalam dua edisi sebelum ini. Tempat kedua pula menjadi milik pasukan Padu Mesra yang diwakili Rattimareni, Norhafiza, Aliza dan Aida Lina dengan 1,607 jatuhan pin sementara pasukan Adminion’s pula menduduki tempat ketiga. Adminion’s yang diwakili Syazleena, Azian Erwati, Fadzilla Maliki dan Doris George berjaya membuat 1,537 jatuhan pin. Pasukan Haes Team pula yang diwakili Hemyza, Aiza Johari, Eda Tua dan Sheela Faizura di tempat keempat dengan 1,468 jatuhan pin dan pasukan Kolej Strikers Flora Lika, Salmah Umar, Zatil Hidayah dan Nurdiana Abdullah di tempat kelima dengan 1,453. Bagi kategori individu wanita pula, Siti Huzaimah turut mengungguli kategori berkenaan individu apabila berjaya membuat 593 jatuhan pin diikuti Salmah Umar dengan 565 jatuhan pin dan Aliza ditempat ketiga dengan 562 jatuhan pin.