Kejohanan Bola Tampar Tertutup (Wanita) UiTM Cawangan Pahang Kampus Raub

Sukan menjadi penyumbang utama ekonomi dan pembangunan sosial sesebuah negara. Realiti ini tidak boleh disangkal oleh mana-mana kerajaan kerana ia diikrarkan dalam Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) 2030 di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Refleksi agenda itu menegaskan sumbangan sukan kepada memperkasakan wanita, generasi muda, hak individu dan komuniti terhadap keperluan kesihatan, pendidikan serta inklusif sosial.

Selaras dengan Matlamat Pembangunan Mampan 3 (SDG 3): Kesihatan dan Kesejahteraan Baik, kejohanan Bola Tampar Tertutup (Wanita) yang julung kalinya diadakan telah disempurnakan dengan jayanya. Kejohanan edisi pertama ini telah berjaya mengumpulkan sebanyak 6 pasukan yang bertanding. Kejohanan ini disertai oleh pasukan daripada staf wanita dan juga pelajar-pelajar siswi daripada 5 program. Antara pasukan yang menyertai kejohanan ini adalah SpikeRS ( staf), 2set-sy 4u( BA119), Sunfire (CS111) ,Untoucha-ball( BA111), Ball Busters (AM110) dan Sarukawa (CS110).

Selain daripada itu,kejohanan ini juga menyahut saranan kerajaan dalam merealisasikan Matlamat Pembangunan Mampan 5 (SDG 5) dalam mempromosikan pemerkasaan wanita dalam semua bidang ke arah pembentukan wanita dan generasi muda yang lebih proaktif dan berkualiti dalam menerapkan amalan sihat dalam kehidupan.

Kejohanan yang telah berlangsung ini adalah anjuran Kelab SpikeRS dengan kerjasama Kelab Bola Tampar UiTM Raub (URVC) dan juga MITASA UiTM Pahang Kampus Raub. Kejohanan ini dilaksanakan untuk mencapai beberapa objektif antaranya adalah membina kesedaran tentang kepentingan aktiviti fizikal terhadapa kesihatan diri dan tubuh badan disamping dapat memupuk jati diri dan mewujudkan sikap daya saing antara pasukan. Disamping itu juga kejohanan ini merupakan salah satu platform untuk mencari staf dan pelajar yang berbakat bagi mewakili UiTM Pahang dalam kejohanan KARISTA dan KARISMA yang bakal diadakan pada tahun hadapan.

Kejohanan ini telah berlangsung selama sehari pada 18 Disember 2022 di Kompleks Rakan Muda ,Dong Raub Pahang. Perlawanan akhir telah menemukan pasukan SpikeRS dan juga pasukan Sunfire yang berkesudahan dengan pasukan SpikeRS menjadi johan bagi kejohanan ini. Tempat ketiga dan keempat bersama masing-masing dimenangi oleh pasukan Ball Busters dan Untoucha-ball. Ucapan penghargaan terima kasih diucapkan kepada Encik Amir Hadi selaku pengadil untuk kejohanan ini.