
30 Jun 2024 – Pasukan Medic FC telah berjaya merangkul gelaran Juara setelah menewaskan Dental FC dalam Kejohanan Bola Sepak Piala Pengetua 2024.

Pasukan Medic FC telah berjaya memenangi kejohanan ini dengan jumlah bilangan gol sebanyak 6 berbalas 2 daripada Dental FC. Hadir menyaksikan perlawanan dan merasmikan serta menyampaikan hadiah kepada pemenang ialah Dr. Norhasnida Nordin yang merupakan Pengetua Kolej Kediaman Kampus Sungai Buloh, Selayang & Teluk Intan.
Syabas dan tahniah kepada para pemenang.
