Kejohanan Bola Jaring Piala DYTM Raja Nazhatul Shima Raja Puan Besar Negeri Perak 2022

SERI ISKANDAR, 23 Oktober 2022 – Kejohanan Bola Jaring Piala DYTM Raja Nazhatul Shima Raja Puan Besar Negeri Perak 2022 yang julung kalinya diadakan telah disempurnakan dengan jayanya. Kejohanan edisi pertama ini telah menarik minat sebanyak 11 pasukan dari seluruh negeri untuk bertanding. Antara pasukan yang menyertai kejohanan ini adalah Capkaw. NC (Perak), Ladies Sonaz (Perak), MMU Flyballers (Melaka), MMU Bees (Putrajaya), AMC Netball Warriors (Perak), KL Flash (Kuala Lumpur), Junior Perak (Perak), Etherstom (Perak), UUM Werewolf (Kedah), UiTM (Selangor), dan MJL (Kuala Lumpur).

Kejohanan ini telah berlangsung selama 3 hari bermula dari 21 hingga 23 Oktober 2022 dan diadakan di Dewan Seri Iskandar, UiTM Cawangan Perak.

Majlis Penutup Kejohanan ini telah disempurnakan oleh DYTM Raja Nazhatul Shima Raja Puan Besar Negeri Perak. Tuanku telah berkenan mencemar duli bagi menyaksikan perlawanan akhir kejohanan serta menyempurnakan acara penyampaian hadiah kepada pemenang.

Turut hadir Profesor Madya Dr Nur Hisham Ibrahim (Rektor UiTM Cawangan Perak), Tengku Datin Seri Noor Hazah Al Hajjah (Yang DiPertua, Persatuan Bola Jaring Negeri Perak) dan YB Encik Khairul Shahril bin Mohamed Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Komunikasi dan Multimedia (BSKM) Negeri Perak.

Perlawanan akhir telah menemukan Pasukan Perak Junior (Perak) dan Pasukan MJL (Kuala Lumpur) yang berkesudahan Pasukan MJL (Kuala Lumpur) menjadi Juara pertama bagi Kejohanan ini dengan keputusan Pasukan MJL (Kuala Lumpur) [28] berbalas Perak Junior (Perak) [6]. Bagi tempat ketiga dan keempat masing-masing dimenangi oleh; tempat ketiga Pasukan Capkaw NC (Perak) dan tempat keempat Pasukan Ladies Sonaz (Perak).

Antara keputusan lain adalah, Anugerah Penjaring Terbanyak telah dimenangi oleh Husna Hussin Ali dari Pasukan MJL (Kuala Lumpur), Anugerah Defender Terbaik dimenangi oleh Nur Insyirah Mohd Rashidi dari Pasukan Junior Perak (Perak), Anugerah Attacker Terbaik dimenangi oleh Nor Diyanah Noorsabadinee dari Pasukan MJL (Kuala Lumpur) dan Anugerah Pasukan Fair Play dimenangi oleh Pasukan UiTM (Selangor).