Kejohanan ‘7th Sarawak Closed Tenpin Bowling Championship 2020’

KUCHING : Dua orang pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Sarawak baru ini telah berjaya mengharumkan nama universiti kerana berjaya meraih kemenangan berganda dalam ketiga – tiga kategori sempena Kejohanan ‘ 7th Sarawak Closed Tenpin Bowling Championship 2020′  yang telah diadakan di Megalanes Emart Batu Kawa, Kuching pada 12 hingga 20 Disember 2020 yang lalu.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada Abang Afiq Yazid bin Abang Azman (Diploma Pentadbiran Awam) dan Mohd Zuhayr Redza bin Noor Azrul (Diploma Pengajian Sukan). Abang Afiq Yazid berjaya menjadi Johan dalam dua kategori iaitu Kategori Terbuka dan Kategori Classified serta Naib Johan bagi Kategori U-21. Mohd Zuhayr Redza pula berjaya memenangi tempat ketiga dalam Kategori U-21, tempat keempat dalam Kategori Classified dan tempat kelima dalam Kategori Terbuka.

Bersama kejayaan ini, Abang Afiq Yazid membawa pulang sijil, trofi dan wang tunai berjumlah RM2,000 manakala Mohd Zuhayr Redza membawa pulang sijil dan trofi. Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Presiden Persatuan Bowling Amatur (ABAS) Encik Sunny Si.