Kejayaan Umairah Shahirah memenangi Fuji Xerox 2019 PIXI Awards dalam Printing Innovation with Xerox Imaging Awards

Kejayaan pelajar dalam Fuji Xerox 2019 PIXI Awards. Printing Innovation with Xerox Imaging Awards
Umairah Shahirah Nasarudin

Seorang pelajar Sarjana Muda Teknologi Percetakan (Kep) telah dianugerahkan tempat ke-2 (Runner-Up) dalam  Printing Innovation with Xerox Imaging Awards 2019 (PIXI  2019) Awards.

  • Nama penuh: Umairah Shahirah Nasarudin
  • Kategori: Limited Edition (Real life project: Fone Shark Case XXX Sdn Bhd)
  • Penyelia projek: Encik Muhammad Yusuf Masod
  • Penyelaras Teknikal : Encik Mohamad Azuan Azmi
  • Kursus: PMA616 Digital Printing
  • Teknologi: Electrophotography (FJX Versant 80) 

Projek ini bertemakan “Real-Life project” adalah hasil kolaboratif dan kajian pelajar berkenaan kehendak pengguna dan industri. Projek ini melalui proses penyelidikan bersama dan penilaian oleh Pensyarah Penyelia projek bagi memastikan mencapai matlamatnya.

Kejayaan pelajar dalam Fuji Xerox 2019 PIXI Awards. Printing Innovation with Xerox Imaging Awards
Encik Muhammad Yusuf Masod, Encik Mohamad Azuan Azmi, Umairah Shahirah Nasarudin

Fuji Xerox Pixi Award Edisi 2019, disertai oleh 200 penyertaan dari 12 negara. Penyampaian anugerah akan di lakukan pada tahun hadapan dan projek ini bakal di bawa ke Anugerah Asian Print Awards 2020.  Ini adalah kemenangan ke-2 berturut-turut dibawah Kursus PMA550 dimana kali pertama pada 2018 oleh Fatin Husna Shafizan, (pop-up pizza menu).

Penyertaan pelajar dalam pertandingan ini telah memberi impak positif kepada pelajar dan UiTM seterusnya menyumbang kepada visi dan misi UiTM dalam melahirkan graduan yang berkualiti tinggi dan berdaya saing.

Pihak kami merakamkan setinggi penghargaan kepada Fakulti Seni Lukis & Seni Reka(FSSR), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Encik Mohamad Azuan Azmi yang memastikan Versant 80 dalam keadaan sempurna ketika menyiapkan projek ini  dan mereka terlibat dalam melancarkan penyertaan pelajar ke program ini. Semoga pencapaian ini dapat melonjakkan lagi Fakulti Seni Lukis & Seni Reka dan menjadi pemangkin kecemerlangan kepada para pelajar lain dimasa akan datang.

Kejayaan pelajar dalam Fuji Xerox 2019 PIXI Awards. Printing Innovation with Xerox Imaging Awards

1
0