Kejayaan Pelajar UiTM Kampus Kuala Pilah di Mata Dunia

Sekalung penghargaan, syabas serta tahniah diucapkan kepada dua orang pelajar UiTM yang merupakan pesilat daripada Persatuan Silat Gayung Fatani, UiTM Cawangan Negeri Sembilan, Kampus Kuala Pilah, dibawah penasihat persatuan, Dr. Rosli Noormi kerana telah mengharumkan nama Malaysia, nama UiTM serta nama UiTM Cawangan Negeri Sembilan, Kampus Kuala Pilah di mata dunia.

Pelajar tersebut ialah saudari Amira Binti Jasmani dan saudari Nur Syamimi Amirah Nordin yang merupakan pelajar Bachelor Sains (Kepujian)-Biologi, UiTM Kampus Kuala Pilah.

Mereka berdua yang juga telah menjadi johan acara ‘ganda’ di Kejuaraan Silat PESAKA Negeri Sembilan anjuran Majlis Sukan Negara (MSN) pada 1-3 mac 2019 telah mewakili Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA) pada 30 mac- 1 April di Festival Silat Terbuka Dunia 2019 Jakarta di Padepokan Pencak Silat, Jakarta Timur, Jakarta, Indonesia.

Dalam festival tersebut mereka berdua telah dinobatkan dua anugerah iaitu ‘Kategori Berpasangan Putri’ – Persembahan terbaik  dan ‘Kategori Berpasangan Putri’ – Kegemaran Terbaik. Semoga nama UiTM terus harum di mata dunia.

1
0