SHAH ALAM, 19 JUN 2024 – Mahasiswa Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi (FSR), Universiti Teknologi MARA, Shah Alam, Anis Hannani Romzi, telah berjaya memperoleh pingah emas dalam acara berpasukan wanita di Kejohanan Remaja Dunia Persekutuan Boling Antarabangsa (IBF). Prestasi cemerlang ini dicapai bersama rakan sepasukan beliau, Nur Hazirah Ramli, Adania Mohd Redzwan dan Adelia Nur Irwan Syazalee, yang berjaya mengharumkan nama negara dalam kejohanan pada 18 Julai 2024 yang berlangsung di Stadium Fiesta Asiad Bowling di Icheon, Korea Selatan.
Annis Hannani mengambil jurusan Diploma Pengurusan Sukan dan Rekreasi (Trek Atlet SR117) di FSR, UiTM Shah Alam, telah menunjukkan komitmen dan kecemerlangan luar biasa bersama rakan sepasukan apabila menewaskan Singapura dengan mata 2-0, masing-masing dengan 221 dan 236 mata dalam kejohanan tersebut. Beliau dan rakan sepasukan telah mempamerkan semangat juang yang tinggi dan kerjasama yang mantap, sekaligus membawa pulang kemenangan yang membanggakan. Kejayaan ini bukan sahaja mengharumkan nama UiTM, malah turut membuktikan keunggulan pelajar universiti dalam arena sukan antarabangsa.
Penglibatan aktif pelajar UiTM dalam sukan antarabangsa seperti yang ditunjukkan oleh Anis dan rakan sepasukan ini merupakan bukti komitmen universiti dalam melahirkan atlet-atlet berkaliber tinggi. Pencapaian gemilang ini diharapkan dapat menjadi inspirasi kepada pelajar lain untuk terus berusaha mencapai kejayaan dalam bidang masing-masing. UiTM akan terus menyokong dan memberikan peluang kepada para pelajar untuk menyerlahkan bakat mereka di peringkat global.