Kehadiran Mahasiswa UNNES Indonesia Semarakkan Lagi Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Jabatan PJK, Fakulti Pendidikan

Kehadiran Mahasiswa UNNES Indonesia Semarakkan Lagi Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Jabatan PJK, Fakulti Pendidikan
Mahasiswa UNNES mengunjungi Fakulti Pendidikan

Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan(PJK), Fakulti Pendidikan telah menerima kehadiran 11 mahasiswa dan seorang pensyarah dari Fakultas Ilmu Keolahragaan, Universitas Negeri Semarang (UNNES), Semarang, Indonesia.

Pelbagai aktiviti telah dirancang dan dilaksanakan oleh Jabatan PJK dalam menjayakan program mobiliti inbound yang berdurasi 2 minggu ini di samping memenuhi keperluan delegasi ini dalam  mencapai misi  ‘Community Service Project Indonesia-Malaysia’.

Kehadiran Mahasiswa UNNES Indonesia Semarakkan Lagi Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Jabatan PJK, Fakulti Pendidikan
Sebahagian daripada aktiviti mahasiswa UNNES

Selain daripada menyertai kuliah untuk beberapa kursus yang ditawarkan di dalam program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Jasmani dan Kesihatan dengan Kepujian (ED246); mahasiswa UNNES turut terlibat di dalam slot-slot sukan serta aktiviti riadah. Menariknya, mereka turut didedahkan dengan beberapa jenis sukan dan permainan yang tidak ditawarkan di Indonesia seperti bola jaring, frisbee dan permainan belalang dan belatuk.

Interaksi dengan mahasiswa UNNES ini turut memberikan kesan positif dan membuka perspektif pelajar Jabatan PJK terhadap aktiviti sukan dan riadah di Indonesia apabila mereka turut didedahkan dengan beberapa permainan sukan yang tidak ada di Malaysia. Salah satunya ialah tonis iaitu permainan sukan di Indonesia yang menggabungkan tenis dan ping pong. Mahasiswa UNNES turut mengadakan demonstrasi sports massage dan berkongsi tips serta teknik-teknik massage yang berkesan.

Kehadiran Mahasiswa UNNES Indonesia Semarakkan Lagi Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Jabatan PJK, Fakulti Pendidikan
Mahasiswa UNNES turut terlibat dengan aktiviti sukan dan riadah pelajar ED246

Penglibatan mahasiswa dari universiti antarabangsa merupakan satu bentuk pengiktirafan terhadap program-program yang ditawarkan di Fakulti Pendidikan. Di samping mengeratkan lagi hubungan di antara dua institusi ini, kehadiran pelajar antarabangsa memberi impak langsung terhadap pelajar Fakulti Pendidikan dalam membuka minda dengan perspektif yang lebih global serta persepsi yang lebih luas terhadap pendidikan sukan di luar negara.

1
0