Karnival Saringan Kesihatan Untuk Staf UiTM

Institut Patologi, Perubatan Makmal dan Forensik (I-PPerForM) UiTM Kampus Sungai Buloh dengan kerjasama Unit Kesihatan, UiTM Kampus Puncak Alam, Fakulti Sains Kesihatan, Fakulti Perubatan dan Fakulti Pergigian akan menganjurkan Karnival Saringan Kesihatan untuk staf UiTM. Karnival ini akan meliputi pemeriksaan faktor-faktor risiko penyakit jantung, keluarga, mata, wanita, gigi dan mulut, mental serta keupayaan menangani stress, pameran kesihatan dan perundingan kesihatan dengan ketetapan berikut :

Tarikh : 4  dan 5 September
Masa : 9.00 pagi – 4.30 petang
Tempat : Unit Kesihatan, Kampus Puncak Alam

Staf UiTM Puncak Alam, Puncak Perdana dan Shah Alam digalakkan untuk menghadiri Karnival Saringan Kesihatan ini.
0
0